Selepas Zul Ariffin, tular pula kisah artis tertayang payudara ketika ber’online’
Kisah artis terlibat dengan perkara-perkara memalukan bukan baru berlaku sehari dua ini.
Ini ditambah dengan percambahan teknologi komunikasi yang semakin melaju, maka perhubungan maya semakin mendapat tempat sementelah berada dalam musim pandemik ini.
Semalam, dunia hiburan dikejutkan dengan perkongsian video seorang artis lelaki Melayu Islam terkenal tanah air beraksi lucah bersama pasangannya dalam sebuah siri drama yang bakal dipertontonkan sempena Ramadan nanti.
Rupanya kisah memalukan berkaitan insan seni ini tidak terhenti di situ sahaja.
Terbaru, penyanyi terkenal dengan lagu ‘Havana’, Camila Cabello terpaksa menanggung malu selepas tidak sengaja menayang bahagian payu daranya ketika ditemu bual dalam sebuah program televisyen.
Kejadian memalukan itu berlaku ketika penyanyi berusia 25 tahun itu dijemput sebagai tetamu dalam program The One Show terbitan BBC.
Pengacara program itu, Alex Jones telah meminta Cabello untuk menunjukkan aksi satu tarian popular. Bekas kekasih kepada penyanyi Shawn Mandes yang ketika itu sedang duduk, telah berdiri dan merapikan pakaiannya sebelum menari.
Bagaimanapun, tanpa sengaja pakaian yang dipakai pelantun lagu Havana itu terselak sehingga menampakkan bahagian puting payu daranya.
“Saya ingin pengsan selepas kejadian memalukan itu berlaku. Semua yang berlaku adalah kerana kesalahan saya sendiri kerana bersikap degil. Sepatutnya saya mendengar kata perunding imej,” katanya.
Sebelum siaran langsung, Cabello mulanya dinasihatkan perunding imej agar memakai pelindung puting payu dara (nip cover), namun tidak diendahkannya.