Selesai urusan mahkamah, Sharnaaz dipuji terus pergi airport jemput Jebat balik umrah

Selesai urusan mahkamah, Sharnaaz dipuji terus pergi airport jemput Jebat balik umrah

Pelakon, Sharnaaz Ahmad dilihat menjemput anak tunggalnyaJebat Jayden Ahmad di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam yang baru tiba dari Tanah Suci.

Difahamkan, Jebat dan keluarga Noor Nabila telah menunaikan ibadah umrah bersama-sama.

Nampak Sharnaaz ambil Jebat

Kelibat Sharnaaz dapat dilihat menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Hazili Hazirah apabila memuat naik momen tersebut.

Walaupun muat naik tersebut lebih merujuk kepada keluarga Neelofa, namun di ruangan komen ramai yang lebih tertarik dengan kelibat Sharnaaz.

@nazilihazirah

nak sambut mak sendiri balik umrah, rezeki terjumpa Bilal family’s, saya sambut dari jauh ajelee 🖐🏻haaaai ! #neelofa #neelofaharis #sharnaazahmad #fyp #foryou #mamusharnaaz

♬ Ya Rabb – SHOLAWAT MUSIC PRO

Pergi hantar dan ambil

Dalam video tersebut, pelakon drama I Promise Janji Anaqi itu dilihat menggendong Jebat yang seakan merindui bapanya setelah hampir dua minggu tidak bertemu.

Kebanyakan warganet yang perasan akan video tersebut telah meninggalkan komen dengan memuji hubungan baik antara Sharnaaz dan keluarga bekas isteri walaupun mereka sudah tiada apa-apa hubungan.

Bagus contoh bapa yang baik

Mamu rindu Jebat sangat tu

 

Bagus Sharnaaz sentiasa ada dengan anak

 

Nampak Jebat rindu sangat baba dia

Sama2 hantar ke KLIA

 

Sebelum ini juga, selebriti kelahiran Pulau Pinang itu turut sama-sama menghantar Jebat ke lapangan terbang sewaktu anaknya dan keluarga bekas isteri mahu berangkat menunaikan umrah.

 

Baru selesai urusan mahkamah

Difahamkan, Sharnaaz Ahmad telah menghadiri urusan di mahkamah berkaitan kes pertuduhan memukul seorang individu di kawasan kediamannya pada tahun lalu.

Pihak Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah memutuskan 5 Mei nanti bagi mengetahui keputusan berkaitan kes pertuduhan tersebut.

Sedar prosedur mahkamah makan masa

Walau bagaimanapun, menerusi TikTok Amin Hazlan, Sharnaaz mengakui bahawa prosedur mahkamah memang agak memakan masa memandangkan dia juga pernah berhadapan dengan situasi tersebut ketika berpisah dengan Nabila dahulu.

@amin_hazlan

Pernah lalui proses penceraian di mahkamah, Sharnaaz Ahmad sedar prosedur mahkamah sangat lama #fyp #berandatiktok #sharnaazahmad

♬ original sound – Amin Hazlan – Amin Hazlan

Dia yang kelihatan tenang menjawab soalan daripada wartawan sangat berharap kes yang sedang berjalan ini dapat diselesaikan dalam tempoh waktu yang ditetapkan ataupun lebih cepat.