Semakan kelayakan bantuan beli motor sehingga RM10 000, umur 18 – 60 tahun layak memohon

Semakan kelayakan bantuan beli motor sehingga RM10 000, umur 18 – 60 tahun layak memohon

Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan mengikut tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antaranya termasuklah Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0 yang diperkenalkan oleh TEKUN Nasional kepada mereka yang layak dan memerlukan.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai skim ini:-

TEKUN Mobilepreneur 4.0

Skim ini pada asasnya adalah pembiayaan modal untuk Usahawan Perkhidmatan Penghantaran yang menggunakan motosikal.

Jumlah Pembiayaan yang ditetapkan adalah sebanyak RM1,000 hingga RM10,000 mengikut tujuan permohonan seperti berikut:

  • Pembaikan motosikal
  • Pembelian motosikal
  • Modal kerja.
  • Syarat kelayakan
  • Warganegara Malaysia (Bumiputera / India)
  • Berumur 18-60 tahun (Tempoh pembiayaan berakhir sehingga 65 tahun)
  • Pemohon bukan bankrap
  • Mempunyai lesen memandu B1 / B2 yang sah
  • Mempunyai temu janji yang sah daripada syarikat e-hailing berdaftar
  • Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah – untuk membaiki motosikal dan permohonan modal pusingan
  • Mengemukakan dokumen asal sebut harga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – untuk permohonan membeli motosikal

Terlibat secara langsung atau sambilan dalam aktiviti perniagaan

Peserta hendaklah mematuhi garis panduan serta terma dan syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan Awam (MOT)

Pemohon yang mendapat surat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-Hailing diberi keutamaan.

Cara memohon

Bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan, permohonan skim ini boleh dikemukakan melalui Pejabat Cawangan TEKUN berhampiran untuk mendapatkan maklumat lanjut dan Borang Permohonan Pembiayaan.

Tempoh pembayaran balik pembiayaan ini adalah selama 1 tahun sehingga 3 tahun mengikut pilihan dan kelayakan pemohon. Kadar keuntungan yang dikenakan ialah 4 peratus setahun.

Dimaklumkan juga bahawa TEKUN tidak melantik ejen atau wakil untuk menguruskan permohonan pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 4.0 dan sebarang urusan wajib melalui TEKUN sahaja.

Untuk Mohon Atau Dapatkan Maklumat Lanjut Sila Semak SINI : Klik Sini