Semakan Keputusan Penempatan Murid Tahun 1/2023 Boleh Dilakukan Sekarang
Cara Daftar Murid Tahun 1 Sesi 2023/2024 | KPM Online
Berita gembira untuk ibu bapa dan penjaga, permohonan kemasukan ke tahun 1 sesi persekolahan tahun 2023 dan 2024 sudah boleh dibuat mulai 1 Mac 2022.
Semakan Keputusan Penempatan Murid Tahun 1 juga boleh dibuat mulai 1 Ogos 2022.
Apakah Syarat Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2023 / 2024?
- Murid Tahun 1 Sesi 2023 : Lahir pada 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017
- Murid Tahun 1 Sesi 2024 : Lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018
Apakah Dokumen Yang Diperlukan?
- Buku Rekod Kesihatan murid (tarikh imunisasi/suntikan)
- Sijil Lahir murid
- Borang permohonan Tahun 1 (yang dicetak selepas mengisi maklumat secara online)
- Kad pengenalan ibu bapa / penjaga murid
- Sijil nikah/Sijil Daftar Kahwin
- Sijil Cerai dan sijil hak jagaan anak (jika berkenaan)
- Bil Utiliti : SYABAS/TNB/ASTRO/TELEFON (Sebagai bukti alamat tempat tinggal)
Bilakah Tarikh Permohonan?
- Tarikh Mula : 1 Mac 2022
- Tarikh Tutup : 30 April 2022
- Tarikh Rayuan : 1 Ogos – 31 Ogos 2022
- Keputusan Rayuan : 1 Oktober 2022
Apakah Cara Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2023 / 2024?
- Pergi ke portal SPATKPM https://public.moe.gov.my/
- Klik Pengguna Baru
- Tekan Daftar Pengguna
- Klik Daftar
- Isikan maklumat yang diperlukan untuk mendaftar
- Setelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada menu Tahun 1
- Klik Permohonan Baharu
- Masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar
- Lengkapkan maklumat berikut:
- Maklumat murid
- Maklumat kesihatan
- Maklumat penjaga
- Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya
- Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
- Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
- Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
- Status permohonan murid akan dipaparkan.
- Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.
Bilakah Tarikh Semakan Penempatan Tahun 1 Sesi 2023 / 2024 & Semakan Rayuan
Semua pendaftaran anak-anak untuk kemasukkan sesi tahun 2023/2024, semakan penempatan boleh dibuat mulai 1 Ogos 2022.
Rayuan boleh dibuat bermula 1 Ogos sehingga 30 Ogos 2022. Semakan keputusan rayuan pula boleh dibuat mulai 1 Oktober 2022.
Pengesahan Pendapatan boleh dibuat dengan cara hadir ke sekolah atau dalam talian di pautan https://public.moe.gov.my/
Panduan selengkapnya ada disini Semakan Penempatan Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2022 / 2023
Bilakah Tarikh Penting Semakan Keputusan Murid Tahun 1
Tarikh surat keputusan penempatan : 1 Ogos 2022
Tarikh rayuan ditutup : 30 Ogos 2022
Tarikh mula dan tamat Pengesahan Penempatan : 1 hingga 31 Ogos 2022
Tarikh keputusan rayuan : 1 Oktober 2022
Pesanan Penting:
- Rayuan hanya boleh dibuat melalui sistem sahaja dibuat secara online dan keputusan juga melalui sistem.
- Tiada rayuan secara manual boleh dilakukan.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut anda boleh terus menghubungi nombor telefon dan e-mel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan masing-masing.
Rujuk MAKLUMAT PEGAWAI E-DAFTAR RENDAH https://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi&negeri=0
Sumber –portalinfo.my