Semakan Keputusan Penempatan Murid Tahun 1/2023 Boleh Dilakukan Sekarang

Semakan Keputusan Penempatan Murid Tahun 1/2023 Boleh Dilakukan Sekarang

Cara Daftar Murid Tahun 1 Sesi 2023/2024 | KPM Online

Berita gembira untuk ibu bapa dan penjaga, permohonan kemasukan ke tahun 1 sesi persekolahan tahun 2023 dan 2024 sudah boleh dibuat mulai 1 Mac 2022.

Semakan Keputusan Penempatan Murid Tahun 1 juga  boleh dibuat mulai 1 Ogos 2022.

Apakah Syarat Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2023 / 2024?

  • Murid Tahun 1 Sesi 2023 : Lahir pada 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017
  • Murid Tahun 1 Sesi 2024 : Lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018

Apakah Dokumen Yang Diperlukan?

  1. Buku Rekod Kesihatan murid (tarikh imunisasi/suntikan)
  2. Sijil Lahir murid
  3. Borang permohonan Tahun 1 (yang dicetak selepas mengisi maklumat secara online)
  4. Kad pengenalan ibu bapa / penjaga murid
  5. Sijil nikah/Sijil Daftar Kahwin
  6. Sijil Cerai dan sijil hak jagaan anak (jika berkenaan)
  7. Bil Utiliti : SYABAS/TNB/ASTRO/TELEFON (Sebagai bukti alamat tempat tinggal)

Bilakah Tarikh Permohonan?

  • Tarikh Mula : 1 Mac 2022
  • Tarikh Tutup : 30 April 2022
  • Tarikh Rayuan : 1 Ogos – 31 Ogos 2022
  • Keputusan Rayuan : 1 Oktober 2022

Apakah Cara Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2023 / 2024?

  1. Pergi ke portal SPATKPM https://public.moe.gov.my/
  2. Klik Pengguna Baru
  3. Tekan Daftar Pengguna
  4. Klik Daftar
  5. Isikan maklumat yang diperlukan untuk mendaftar
  6. Setelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada menu Tahun 1
  7. Klik Permohonan Baharu
  8. Masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar
  9. Lengkapkan maklumat berikut:
    • Maklumat murid
    • Maklumat kesihatan
    • Maklumat penjaga
  10. Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya
  11. Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
  12. Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
  13. Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
  14. Status permohonan murid akan dipaparkan.
  15. Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.

Bilakah Tarikh Semakan Penempatan Tahun 1 Sesi 2023 / 2024 & Semakan Rayuan

Semua pendaftaran anak-anak untuk kemasukkan sesi tahun 2023/2024, semakan penempatan boleh dibuat mulai 1 Ogos 2022.

Rayuan boleh dibuat bermula 1 Ogos sehingga 30 Ogos 2022. Semakan keputusan rayuan pula boleh dibuat mulai 1 Oktober 2022.

Pengesahan Pendapatan boleh dibuat dengan cara hadir ke sekolah atau dalam talian di pautan  https://public.moe.gov.my/

Panduan selengkapnya ada disini Semakan Penempatan Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2022 / 2023

Bilakah Tarikh Penting Semakan Keputusan Murid Tahun 1

Tarikh surat keputusan penempatan : 1 Ogos 2022

Tarikh rayuan ditutup : 30 Ogos 2022

Tarikh mula dan tamat Pengesahan Penempatan : 1 hingga 31 Ogos 2022

Tarikh keputusan rayuan : 1 Oktober 2022

Pesanan Penting:

  • Rayuan hanya boleh dibuat melalui sistem sahaja dibuat secara online dan keputusan juga melalui sistem.
  • Tiada rayuan secara manual boleh dilakukan.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut anda boleh terus menghubungi nombor telefon dan e-mel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan masing-masing.

Rujuk MAKLUMAT PEGAWAI E-DAFTAR RENDAH https://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi&negeri=0

Sumber –portalinfo.my