Covid-19 : Kluster tempat kerja terus dominasi pertambahan kluster baharu negara hari ini

Covid-19 : Kluster tempat kerja terus dominasi pertambahan kluster baharu negara hari ini

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 21 kluster baharu Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia membabitkan 18 kluster tempat kerja, dua berkaitan komuniti dan satu daripada pusat tahanan.

Kluster dikesan di Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Kelantan, Pulau Pinang, Pahang, Perak, Kedah, Sarawak dan Terengganu.

Perincian kluster seperti berikut:

  • Kluster Tapak Bina Lebuh 2 (Sepang) dengan 28 kes.
  • Kluster Tapak Bina Jalan City (Sepang) dengan 49 kes.
  • Kluster Industri Jalan Seruling 59 (Klang) dengan 70 kes.
  • Kluster Industri SS Lapan Dua (Petaling) dengan 115 kes.
  • Kluster Industri Jalan Norton (Kuala Langat) dengan tujuh kes.
  • Kluster Jalan Cyberia Dua (Sepang dan Kuala Langat) dengan 13 kes.
  • Kluster Industri Kilometer 17 Rawang (Gombak) dengan sembilan kes.
  • Kluster Jalan Ampang Water Front Dua (Hulu Langat, Gombak dan Kepong) dengan 39 kes.
  • Kluster Tapak Bina Jalan Utara (Lembah Pantai dan Cheras) dengan 16 kes.
  • Kluster Tapak Bina Matahari 2 (Titiwangsa) dengan 142 kes.
  • Kluster Jalan Taman Ibu Kota (Titiwangsa) dengan 13 kes.
  • Kluster Jalan Raja Muda Musa (Titiwangsa) dengan sembilan kes.
  • Kluster Jalan Nirwana Dua (Melaka Tengah) dengan 23 kes.
  • Kluster Wakaf Aik (Bachok dan Kota Bharu) dengan 13 kes.
  • Kluster Jalan Kampung Jawa (Pulau Pinang Timur Laut dan Barat Daya) dengan 14 kes.
  • Kluster Kailan Tringkap (Cameron Highlands dan Kinta) dengan 17 kes.
  • Kluster Dah 11 Industri Sungai Petani (Kuala Muda) dengan 21 kes.
  • Kluster Jalan Kidurong Lima (Bintulu dan Sebauh) dengan 20 kes.
  • Kluster Pengkalan Gelugor (Kuala Nerus dan Kuala Terengganu) dengan 31 kes.
  • Kluster Jalan Laksamana Intan (Hilir Perak) dengan 14 kes.
  • Kluster Kilometer 23 Puncak Borneo (Kuching) dengan 65 kes.

Noor Hisham berkata, sebanyak 2,741 kluster dikesan di seluruh negara setakat ini dengan 873 daripadanya kluster aktif dan 1,868 lagi sudah tamat.

Sumber : FMT