“Semalam dia curi bag. Tua tak tua, kau kurang ajar dengan aku, aku kurang ajar dengan kau” – Makcik acah-acah ustazah kantoi cuba mencuri beg tangan di ‘outlet’ berjenama

“Semalam dia curi bag. Tua tak tua, kau kurang ajar dengan aku, aku kurang ajar dengan kau” – Makcik acah-acah ustazah kantoi cuba mencuri beg tangan di ‘outlet’ berjenama

 

TULAR di laman sosial satu video memaparkan seorang wanita yang didakwa bertindak licik dengan mencuri beg tangan di outlet barangan berjenama di sebuah pusat beli-belah.

Memetik portal Mstar, perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter mengundang perhatian netizen lantaran ciapannya menasihatkan orang ramai agar berhati-hati sekiranya ternampak kelibat wanita berkenaan.

“Untuk semua retail shop, berhati-hati dengan wanita ini kalau nampak dia lalu depan kedai korang. Her outfit memang macam ni bawa bag merah.

“Semalam dia curi bag. Tua tak tua, kau kurang ajar dengan aku, aku kurang ajar dengan kau,” demikian ciapan yang dikongsikan.

Menerusi perkongsian tersebut, kelihatan seorang wanita dalam lingkungan usia 40an dan mengenakan pelitup muka serta bertudung labuh rona biru muda sedang ‘naik angin’ dan memarahi dua petugas outlet berkenaan.

Dia yang membawa bersama troli pasar raya ke dalam outlet tersebut dilihat cuba mempertahankan diri selepas perbuatannya terkantoi.

Tweet yang dikongsikan individu tersebut.

“Anda punya attitude (sikap). Kamu siapa di kedai ini?” demikian antara butiran percakapannya di dalam video tersebut.

Dua kakitangan outlet berkenaan dilihat tenang ketika mengendalikan situasi berkenaan tanpa berlaku insiden kekerasan.

Bagaimanapun menurut individu yang menularkan video tersebut dan dipercayai merupakan antara kakitangan outlet itu, wanita berkenaan akhirnya membayar harga bagi item yang didakwa dicurinya itu.

“Dia bayar that item tapi bag tu kitorang tak boleh bagi sebab ni dah kes mencuri,” tulisnya.

Dia turut mendakwa wanita tersebut pernah melakukan modus operandi yang sama di dua pusat beli belah-terkenal di sekitar Damansara.

Dia cakap soal attitude? Hello, mencuri tu bagus sangat ke perangainya?
– NETIZEN

“She is an expert thief actually. Dah empat kedai dia curi under my company. Tak tahu la company lain berapa banyak.

“Kedai lain pun hantar footage yang sama dia mencuri. End-up dia bayar balik barang yang hilang tu but still defensive.

“Please viralkan sebelum retail shop yang lain terkena juga,” kongsinya lagi.

Sehingga kini perkongsian individu berkenaan meraih 1,900 ulang kicau.

Sementara itu menjengah laman komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa geram dengan sikap wanita berkenaan yang licik untuk mengelakkan dirinya ditangkap.

“Kira dia pencuri agak profesional juga. Inilah akibat cara nak hidup senang. Akhirnya kena tangkap juga. Serve you right!

“Dia cakap pasal attitude? Hello, mencuri tu bagus sangat ke perangainya?

“Memang ada yang macam ni. Cover bertudung padahal kaki rembat barang,” demikian antara komen netizen.