“Semoga Ali Puteh tidak terus mengelat untuk bayar saman demi kelangsungan hidup Hamzah”, – luahan isteri arwah Abam Bocey buat netizen makin geram

“Semoga Ali Puteh tidak terus mengelat untuk bayar saman demi kelangsungan hidup Hamzah”, – luahan isteri arwah Abam Bocey buat netizen makin geram

“Semoga pihak sebelah sana ( Ali Puteh) tidak melengah-lengahkan lagi segala urusan pembayaran mengikut perintah mahkamah yang sudah ditetapkan.

“Ia bagi membolehkan saya dan Hamzah untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik dan sempurna selepas ini, Amin,” kata balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali, 30.

Hidayah berkata demikian menerusi hantaran di Instagram berhubung keputusan rayuan saman fitnah yang diputuskan mahkamah pada 28 Disember lalu.

“Alhamdulillah, syukur pada Allah. Keputusan rayuan saman fitnah mahkamah sudah diputuskan dan berpihak kepada saya,” katanya.

Menerusi perkongsian itu, Hidayah turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan dia dan anaknya Hamzah.

Rata-rata pengikutnya di media sosial juga gembira dengan perkongsian Norhidayah itu serta turut mendoakan kebahagiaannya dan Hamzah.

“Alhamdulillah, kemenangan berpihak kepada mereka yang benar,” tulis seorang pengikutnya.

Seorang pengikutnya pula mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan Hidayah dan Hamzah.

“Alhamdulillah, teringat dari mula arwah Abam meninggal macam mana keadaan Dayah dan anak. Sesungguhnya Allah tidak tidur, lebih lagi membabitkan harta anak yatim, syukur,” tulis seorang pengikutnya lagi.

Harian Metro sebelum ini melaporkan mahkamah menolak rayuan Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dan tiga ahli keluarga bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen, Februari lalu yang memerintahkan mereka membayar ganti rugi RM60,000 kepada Norhidayah kerana memfitnah, dua tahun lalu.

Mahkamah turut menolak rayuan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya untuk mengetepikan keputusan mahkamah sama yang menolak tuntutan samannya terhadap usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan Norhidayah.

Saman itu berhubung satu temu bual yang disiarkan secara langsung menerusi akaun YouTube Aliff Syukri.

Sementara itu, rayuan Norhidayah untuk menaikkan jumlah ganti rugi yang diperintahkan Mahkamah Sesyen selepas membenarkan tuntutan samannya, turut ditolak.