“Semoga Allah gantikan ‘ayah’ yang lebih baik untuk cucu-cucu saya” – Ibu mertua Puteri Sarah

“Semoga Allah gantikan ‘ayah’ yang lebih baik untuk cucu-cucu saya” – Ibu mertua Puteri Sarah

 

Seperti dijangka, pelbagai reaksi dibangkitkan netizen terhadap pengumuman Syamsul Yusof yang sah menjadikan Ira Kazar sebagai isteri keduanya.

Ada yang beri ucapan tahniah kerana pengarah terkenal itu sudah melangkah masuk ke alam poligami, dan tidak kurang juga bersimpati terhadap nasib bini pertama iaitu Puteri Sarah Liyana.

Semua itu salah saya? Okay tunggu nanti Sarah buat video

Meskipun diajak untuk bincang secara baik bersama, Puteri Sarah terkejut apabila dirinya yang dipersalahkan. Berdasarkan video yang dikongsi oleh Syamsul, ia dipercayai berkaitan soal menyebar aib dan bawa anak ke luar negara tanpa minta izin suami. Aktres berkenaan tetap rasakan pasangan tersebut sudah lama bernikah di Thailand, tapi cuma didedahkan kepada umum hari ini.

Kalau boleh bagi kenyataan di Mahkamah…anak akan cakap, Ayah yang banyak kali keluar rumah tinggalkan kami

Malah jika diberi peluang untuk anak-anak bagi keterangan di mahkamah, Puteri Sarah percaya mereka akan berkata ‘Ayah’ yang selalu keluar tinggalkan mereka dan bukan sebaliknya. Hal ini kerana, Syaikhul dan Sumayyah sering bertanyakan keberadaannya sepanjang kebelakangan ini. Dalam pada itu, Datin Fatimah Ismail membalas komen ‘deep’ semoga digantikan ayah lebih baik buat cucu-cucunya.

 

Doa isteri-isteri seluruh Malaysia untuk Puteri Sarah harini…takpa, akan ada pelangi buat you & anak-anak nanti

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis memberi tanda sokongan padu kepada Puteri Sarah sebagai pihak yang teraniaya.

Bukan sahaja doakan kebahagiaan bersama anak-anak, mereka turut berharap aktres tersebut ambil tindakan sewajarnya selepas ini.