“Semoga Allah gantikan nikmat yang tidak disangka buatku dan anak-anak” – Isteri Hafidz Roshdi

“Semoga Allah gantikan nikmat yang tidak disangka buatku dan anak-anak” – Isteri Hafidz Roshdi

 

Seakan tidak percaya, hari ini kecoh di media sosial apabila pelakon Hafidz Roshdi didakwa telah menceraikan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Menurut laporan Harian Metro, aktor yang berusia 28 tahun itu telah menceraikan isterinya itu dengan talak satu dengan bersaksikan ahli keluarga.

Khabar berita tersebut sudah semestinya mengejutkan ramai pihak malah, difahamkan Nurul Shuhada bakal memfailkan cerai pada 1 Mac yang juga merupakan tarikh ulang tahunnya yang ke 29 tahun.

Namun begitu, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Shuhada di IG storynya, dia telah berkongsi sebuah kata-kata yang seakan-akan memberi bayangan terhadap situasi yang dialaminya pada ketika ini telah mengundang perhatian ramai.

“Insya-Allah, semoga Allah gantikan dengan nikmat yang tidak disangka-sangka buatku dan anak-anak..aamiin Ya Mujib,” ujarnya.

Terdahulu, rumah tangga Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada telah diganggu oleh pihak ketiga yang bernama Athirah Yuhada malah, wanita tersebut mengakui perkara tersebut dan meminta maaf kepada isteri pelakon itu.

Sekadar info, Hafidz telah membina mahligai bersama isterinya pada 30 April 2016 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, kini berusia tiga tahun.