Sempat belikan kereta, Kieda luluh hati kongsi khabar duka bapa meninggal dunia di sisi keluarga

Sempat belikan kereta, Kieda luluh hati kongsi khabar duka bapa meninggal dunia di sisi keluarga

Bermula dengan bisnes secara kecil-kecilan di rumah, kisah perjuangan Khalieda Yusra a.k.a Kieda yang mampu menjayakan perniagaannya cukup mencetuskan inspirasi. Bukanlah berasal dari keluarga senang, sudah pasti kejayaan yang diraih kini mahu dikongsikan semula bersama ibu ayah serta adik beradik lain.

Bapa Kieda hembuskan nafas terakhir jam 8 malam

Namun siapa sangka saat Kieda berada di puncak kejayaan, Allah lebih menyayangi ayahnya yang mesra dipanggil Abah. Pernah dikatakan tidak sihat sebelum ini dan mengalami masalah lemah jantung, wanita berkenaan luluh hati menyampaikan khabar duka itu di Instagramnya semalam lantas mengundang rasa sebak ramai.

 

Lani kita baru nak merasa senangā€¦Adik baru boleh bagi Mama Abah kesenangan

Sebagai seorang anak, pastinya Kieda belum merasa puas membalas segala jasa bapanya sepanjang membesarkan dari kecil. Apalagi keluarganya dahulu bukanlah orang-orang berada. Baru sahaja membelikan kereta baru jenis Grand Livina sekitar 2 minggu lalu, siapa sangka takdir Allah kini mengatasi segala-galanya.

 

 

@kiedaamy

Kereta baru untuk abahšŸ˜˜ #kiedacrepe #hqkiedacrepepenang

ā™¬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Kieda berdepan pelbagai ujian bulan iniā€¦Namun pemergian Abah ujian paling berat

Sebelum ini, Kieda pernah diuji dengan insidenĀ crepeĀ basi melibatkan kerugian hampir RM10,000. Dia dan para pekerja juga telah diganggu ā€˜sesuatuā€™ saat dalam perjalanan menuju ke Kuantan untukĀ business tour. Namun pemergian Abah disifatkan sebagai dugaan paling berat untuknya