Sempat layan peminat ketika belajar memandu, netizen puji Cik B tak beli ‘lesen terbang’ walaupun banyak duit

Sempat layan peminat ketika belajar memandu, netizen puji Cik B tak beli ‘lesen terbang’ walaupun banyak duit

Anak kepada usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida iaitu Cik B sememangnya tidak lokek berkongsi kegiatan hariannya di media sosial.

Dia juga begitu sporting melayan peminat yang mahu bergambar atau mengambil video ketika bertemu dengannya.

Ramah je sapa peminat

Terbaru, menerusi perkongsian Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin di TikTok, dia telah memuat naik kembali video yang diambil oleh peminat sewaktu bertemunya di lampu isyarat.

 

@cikb_havoc

Cikb tengah belajar memandu😅 #joke #funny #car #driving #tiktokmalaysia #viral

♬ original sound – cikb_havoc66 – cikb_havoc66

Tengah belajar nak dapatkan lesen

Menerusi video itu, dapat dilihat yang pelakon tersebut sedang belajar memandu untuk persediaan mendapatkan lesen kereta.

Apa yang menarik adalah tindakannya yang mesra sewaktu disapa dan turut membuat mini love kepada pemandu serta penumpang yang menyapanya di lampu isyarat.

Humble Cik B ni

Menjengah ke ruangan komen, ramai memuji sikap Cik B yang tetap melayan baik peminatnya walaupun sedang mempunyai urusan.

Mereka juga turut berseloroh dengan berasa kagum apabila anak kepada usahawan itu tidak mengambil jalan pintas bagi mendapatkan lesen memandu kerana ada sahaja sesetengah pihak menggunakan kekayaan untuk melanggar undang-undang.

Selama ni bawa dalam kawasan rumah je

 

Bagus Cik B tak ambil lesen terbang

 

Kaya macam mana pun, tetap kena bawa Axia

Steady dia buat mini love