Semua terkejut tengok keadaan terkini Mamat Exist, netizen syak ada benda tak kena

Satu rakaman video yang memaparkan keadaan terkini penyanyi terkenal era 90-an, Mamat Exists telah mengundang perbincangan hangat baru-baru ini.
Menerusi video tersebut, Mamat terlihat sedang menunaikan permintaan peminat untuk mendendangkan lagu nyanyiannya, Untukmu Ibu.
Namun apa yang menjadi perhatian orang ramai adalah perubahan mendadak melibatkan keadaan fizikal penyanyi yang berusia 45 tahun itu.
Mana tidaknya, tubuh badan milik pelantun lagu Rahsia Pohon Cemara itu dikatakan terlihat semakin kurus dan wajahnya juga sangat cengkung.
Bahkan, para penonton juga seakan tidak percaya bahawa sosok di dalam video tersebut adalah penyanyi yang pernah mereka minati suatu ketika dahulu.
Tular di media sosial, video tersebut dikongsi menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh akaun TikTok milik sebuah restoran di Tampoi, Johor.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata penonton menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan vokalis kumpulan Exists itu.
Mengakui bimbang dengan keadaan terkini Mamat, para peminat bagaimanapun enggan menyebut dugaan mereka itu secara terperinci.
@warungsiputsedut untuk castamer warung siput sedut jb tampoi
Tampil mendoakan agar kesihatan penyanyi itu kembali pulih, ada juga individu yang menasihati orang ramai agar tidak membuat tuduhan melulu.
“Ujian buat dia, kita sendiri pun tak tahu lagi arah kita. Jangan suka menghukum. Silap-silap pengakhiran dia lagi baik daripada kita,” kata seorang pengguna.
“Tiada sesiapa nak ke jalan itu, kita doakan yang terbaik. Semoga Mamat diberikan kesihatan yang baik.” Kongsi pengguna lain.
Untuk rekod, pemilik sebenar nama Mohd. Ali Kamarudin itu memulakan karier sebagai penyanyi utama kumpulan Exists ketika baru berusia 12 tahun.
Sempat menghilangkan diri selepas meninggalkan kumpulan tersebut, Mamat kembali muncul saat menyertai pertandingan Gegar Vaganza pada 2014.
Selepas tamat pertandingan, Mamat kembali menyepi dan tidak lagi muncul menyerikan industri hiburan tanah air.