“Semuanya berlaku selepas pulang dari Mekah” – Penyanyi rock terkenal kongsi kisah mengejutkan selepas tunai Umrah

“Semuanya berlaku selepas pulang dari Mekah” – Penyanyi rock terkenal kongsi kisah mengejutkan selepas tunai Umrah

 

Penyanyi kumpulan rock terkenal tanahair berkongsikan kisah mengejutkan sejurus dirinya pulang menunaikan umrah pada hujung tahun 2022 lalu.

Penyanyi tersebut, Ahmad Azhar Othman, 55 tahun meluahkan azam untuk memperbaiki diri dan menjadi seorang insan yang lebih baik ketika ditemubual portal Mstar baru-baru ini

Lebih dikenali dengan panggilan popular Awie menambah, dia juga mahu menjadi seorang individu yang mampu memberikan manfaat kepada masyarakat.

Justeru itu, dia berhasrat untuk menyertai beberapa program amal dan kemanusiaan bagi membantu mereka yang memerlukan.

“Apabila kami pergi tunaikan umrah itu Allah SWT buka jalan yang baik untuk saya seperti sertai organisasi kemanusiaan ini.

“Saya terima kerana saya mahu berterusan memberi balik kepada masyarakat dengan apa yang tertinggal dahulu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Awie telah dipilih sebagai Duta Yayasan Earth All-Mustafa dan kumpulan Wings akan membuat mengadakan majlis berbuka puasa pada 31 Mac depan di Pusat Konvesyen Persada Johor Bahru, Johor.