Senarai 10 kereta paling mahal dalam dunia, yang no 1 tu berharga RM122 juta

Senarai 10 kereta paling mahal dalam dunia, yang no 1 tu berharga RM122 juta

 

Setiap tahun, jenama-jenama seperti Proton, Perodua, dan Honda akan keluarkan pelbagai jenis model baharu dan juga naik taraf untuk model yang mereka ada untuk memikat para pembeli kereta.

Tapi lain pula ceritanya dengan jenama kereta super seperti Bugatti, Pagani, dan Rolls-Royce.

Jarang sekali kita dengar berita mengenai model baharu keluaran mereka, tapi kalau ada ia pasti akan jadi sebuah kereta yang unik, laju, eksklusif dan yang paling penting sekali, MAHAL!

Kereta super bukan sahaja melambangkan kekayaan dan kemewahan tetapi ia juga mencerminkan keupayaan dan prestasi semasa teknologi automatif dunia. Inilah sebabnya ramai golongan bangsawan mahu memiliki kereta ini walaupun harganya mahal.

10. Bugatti Chiron Super Sport 300+ – RM17,000,000

The Bugatti Chiron Super Sport 300+ is a production 300mph car | Top Gear
Hanya ada 30 buah Bugatti Chiron Super Sport 300+ sahaja yang ditawarkan dan ia juga dikenali sebagai kereta yang paling pantas di dunia kerana mampu mencecah kelajuan sehingga 482.80km/j! Jadi, tak hairanlah harganya boleh mencecah sehingga jutaan ringgit.

Dengar cerita ada model baharu yang sedang dibangunkan untuk menggantikan Bugatti Chiron Super Sport 300+ ni, tapi anda kena tunggu sehingga tahun 2024 nanti untuk dapatkan maklumat lanjut mengenainya.

9. Bugatti Divo – RM27,000,000

BUGATTI DIVO | F1rst Motors
Diumumkan pada tahun 2018, Bugatti Divo adalah kereta hiper pertama yang diperkenalkan oleh Bugatti pada abad ke-21. Gabungan reka bentuk yang dinamik dan futuristik menjadikannya sebuah kereta hiper dengan ciri-ciri aerodinamik yang mampu mengendalikan selekoh dengan selesa, di samping boleh mencapai kelajuan sehingga 380km/j!

Hanya 40 buah sahaja yang dijual oleh Bugatti dan semuanya telah habis dijual pada hari pertama ia dilancarkan.

8. Pagani Huayra Codalunga – RM33,000,000

Tailor-Made $7.3M Pagani Huayra Codalunga Long-Tail Was Created At The Behest Of Two Clients | Carscoops
Reka bentuk unik kereta super ini diinspirasikan oleh kereta lumba Le Mans pada tahun 1960an yang memakan masa hampir dua tahun untuk disempurnakan. Hasilnya, Pagani Huayra Codalunga mempunyai rupa yang sangat cantik dan rekaannya juga tidak terlalu rumit berbanding kereta Pagani yang lain.

Model Pagani Huayra Codalunga ini dikuasakan oleh enjin V12 yang mampu menjana sehingga 828 kuasa kuda dan boleh mencapai kelajuan sehingga 370km/j. Hanya ada lima unit sahaja di dunia dan semuanya sudah ada pemilik masing-masing.

7. Mercedes-Maybach Exelero – RM35,000,000

Maybach Exelero - Wikipedia
Dikeluarkan pada tahun 2004, hanya ada satu sahaja Mercedes-Maybach Exelero yang dihasilkan di dunia! Ia merupakan sebuah kereta mewah berprestasi tinggi yang dihasilkan oleh firma kereta Itali, Stoal dengan kerjasama DaimlerChrysler.

Dikuasakan oleh enjin turbo V12 berkembar yang mampu menghasilkan 690 kuasa kuda, ia boleh mencapai kelajuan tertinggi sehingga 350 km/j dan boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa dalam 4.4 saat.

6. Bugatti Centodieci – RM39,400,000

Cristiano Ronaldo purchases a limited-edition Bugatti Centodieci to celebrate Juventus' Serie A title win - paultan.org
Centodieci bermaksud 110 apabila diterjemahkan dari bahasa Inggeris dan salah satu sebab mengapa Bugatti Centodieci dicipta adalah untuk menyambut ulang tahun jenama Bugatti yang ke 110. Ia dilengkapi dengan enjin kuad turbo W-16 yang berupaya menghasilkan 1,578 kuasa kuda dan mampu mencapai kelajuan sehingga 380 km/j!

Hanya ada 10 unit Bugatti Centodieci sahaja yang dikeluarkan dan salah satunya dikatakan dimiliki oleh Christiano Ronaldo.

5. Rolls-Royce Sweptail – RM57,000,000

Rolls-Royce Sweptail - NamasteCar
Roll-Royce Sweptail diperkenalkan pada tahun 2017 sebagai kereta baharu paling mahal di dunia ketika itu. Ia dibina berdasarkan Rolls-Royce Phantom Coupe dan diinspirasikan oleh kapal layar mewah daripada tahun 1920-an dan 1930-an. Ciri unik paling unik yang terdapat pada kereta ini adalah bumbung kacanya yang bersambung sehingga bahagian belakang kereta.

Cuma ada sebuah Rolls-Royce Sweptail sahaja di dunia dan ia dimiliki oleh Sam Li, anak kepada jutawan hartanah Samuel Tak Lee.

4. Spyros Panopoulos Automotive Chaos – RM61,000,000

SP Automotive Chaos Makes Digital Debut As World's First “Ultracar”, 3,065 HP Flagship Costs $14.4M | Carscoops
Digelar sebagai kereta ultra pertama dunia, Spyros Panopoulos Automotive Chaos dibina sebagai sebuah kereta yang sesuai untuk kegunaan harian dengan prestasi yang lebih canggih walaupun dilengkapi dengan enjin V10 yang mampu menjana sehingga 3,000 kuasa kuda!

Pembinaannya melibatkan material premium dan eksotik seperti Zylon, aloi titanium dan magnesium, gentian karbon. Ditambah pula dengan penggunaan teknologi moden yang turut digunakan dalam kejuruteraan aeronautik dan juga angkasa lepas, jadi tak hairanlah kenapa ia layak menerima gelaran kereta ultra. Hanya ada 100 buah Chaos sahaja yang akan dibina oleh SP Automotive.

3. Pagani Zonda HP Barchetta – RM75,000,000

Pagani's wild Zonda HP Barchetta costs €15m | Top Gear
Walaupun kereta ini dilancarkan pada tahun 2017, tapi harganya masih lagi boleh bersaing dengan kereta yang paling mahal di dunia. Pagani Zonda HP Barchetta adalah kereta terakhir dalam siri Zonda dan ia dicipta sebagai hadiah hari lahir ke 60 pengasas Pagani Automobili, Horacio Pagani. Ia mampu mencapai had laju sehingga 355km/j dengan bantuan enjin AMG V12 yang berupaya menghasilkan sehingga 785 kuasa kuda.

Cuma tiga Pagani Zonda HP Barchetta yang telah dihasilkan setakat ini dan salah satu daripadanya telah terlibat dalam kemalangan pada bulan September 2022. Ia kini berada di kilang Pagani untuk proses baik pulih.

2. Bugatti La Voiture Noire – RM82,000,000

Bugatti La Voiture Noire First Look: An $18.9 Million Atlantic Tribute
Diinspirasikan daripada model Type 57 SC Atlantic yang pernah dimiliki oleh Jean Bugatti, Bugatti La Voiture Noire yang turut dikenali sebagai The Black Car ini menampilkan enjin 1,500 kuasa kuda yang boleh mencapai kelajuan tertinggi sehingga 420 km/j!

Kereta hiper ini memakan masa sehingga dua tahun untuk dibangunkan dan setakat ini, hanya ada sebuah Bugatti La Voiture Noire sahaja di dunia.

1. Rolls-Royce Boat Tail – RM122,500,000

Pada tahun 2021, jenama kereta mewah terkenal dunia, Rolls-Royce, telah memperkenalkan model kereta mereka yang paling mahal di dunia iaitu Rolls-Royce Boat Tail.

Model ini direka khusus untuk golongan hartawan dan jutawan yang ingin memiliki limosin mewah yang unik dan dibuat khas mengikut citarasa mereka.

Ia juga menampilkan bahagian belakang kereta yang diinspirasikan oleh kapal layar dengan bukaan tengah seperti kepak rama-rama dan dilengkapi dengan peti sejuk, gelas, dan juga set peralatan dan pinggan mangkuk untuk pengalaman piknik yang mewah!

Rolls-Royce Boat Tail: The pinnale of luxury - Economy Middle East

Hanya tiga buah Boat Tail sahaja yang diumumkan oleh Roll-Royce dan baru-baru ini mereka baru sahaja melancarkan versi kedua kereta ini di Itali dalam warna rose gold.

Diasaskan di Sydney, Australia, Bufori Motor Car Company mula bertapak di Malaysia pada tahun 1994 dan telah beroperasi di Kepong sejak tahun 1998.

Model Bufori Geneva dilancarkan pada tahun 2010 dan ia adalah sebuah kereta mewah yang menggabungkan reka bentuk kereta klasik Amerika dengan kejuruteraan moden. Ini menjadikannya sebuah kereta yang nampak retro tapi dilengkapi dengan sistem keselamatan yang canggih.

bufori geneva

Setiap Bufori Geneva menggunakan kerangka yang dihasilkan daripada serat karbon dan bahan komposit Kevlar yang ringan tetapi sangat kuat, setaraf dengan yang digunakan oleh jenama-jenama kereta mewah dunia. Dan ia juga adalah hasil seni buatan tangan yang dibuat khas menurut permintaan pembelinya.