Senarai 5 rumah yang paling mahal pernah terjual di Malaysia

Senarai 5 rumah yang paling mahal pernah terjual di Malaysia

 

Satu keperluan buat manusia sebagai tempat perlindungan, rumah juga adalah aset yang mengungtungkan di masa hadapan.

Boleh mengaut keuntungan hingga jutaan ringgit, maka tak hairanlah jika ada yang sanggup melabur wang simpanan untuk membeli rumah.

Ini adalah senarai lima rumah yang paling mahal pernah terjual di Malaysia berdasarkan artikel yang dikeluarkan Iluminasi.

1. RM 14.5 juta – Banglo Pulau Tikus, Pulau Pinang

Mendapat nama dari bukit pasir dan batu yang menyerupai tikus, rumah banglo di kawasan ini adalah yang paling mahal pernah dijual di Malaysia.

Merupakan bandar kelas atasan, harga purata bagi setiap kaki persegi rumah banglo di Pulau Tikus adalah bernilai RM570.

2. RM 13.6 juta – Banglo Tanjung Tokong, Pulau Pinang

Berada di Tanjung Tokong, rumah kedua mahal yang pernah terjual di Malaysia terletak di jalan sempit di Jalan Bunga Hinai.

Bertemakan zaman retro, harga purata bagi setiap kaki persegi banglo di Tanjung Tokong itu bernilai RM854.

3. RM12.6 juta – Banglo Bukit Tunku, Kuala Lumpur

Pernah diduduki oleh Tunku Abdul Rahman, kawasan ini dinamakan semula sempena Perdana Menteri Malaysia pertama itu.

Harga median bagi setiap kaki persegi untuk banglo di kawasan yang pernah dikenali sebagai Kenny Hill itu bernilai RM442.

4. RM12.1 juta – Kondominium Serai Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur

Terletak di Jalan Mendang Serai, Bangsar, bangunan yang mempunyai 21 tingkat itu memuatkan sebanyak 121 unit rumah.

Menjadi kediaman pilihan buat warga asing yang bekerja di Malaysia, harga purata untuk setiap kaki persegi bernilai RM815.

5. RM12 juta – Banglo Bukit Damansara

Dikenali sebagai Bukit Damansara, rumah banglo di kawasan ini pernah menjadi kediaman ramai tokoh terkenal termasuk Dato Seri Anwar Ibrahim.

Kawasan Damansara Heights ini juga menjadi tempat tinggal kakitangan kerajaan sebelum ibu pejabat dipindahkan ke Putrajaya.

Setiap kaki persegi banglo di sini dijual dengan harga purata bernilai RM652.