Senarai 7 selebriti paling kaya di Malaysia, Siti Nurhaliza pun masuk ranking

Senarai 7 selebriti paling kaya di Malaysia, Siti Nurhaliza pun masuk ranking

 

Selebriti Malaysia jika mahu dibandingkan kekayaan dengan artis asia lain, tidak banyak bezanya.

Apatah lagi ada selebriti kelahiran Malaysia yang menceburi bidang lakonan di Hollywood malah ada penyanyi yang membuat konsert di tempat terkemuka.

Ini adalah tujuh senarai artis terkaya di Malaysia berdasarkan statistik pada tahun 2021 oleh beritasteady.

1. Michelle Yeoh

Tan Sri Michelle Yeoh adalah pelakon terkenal dan menduduki tempat pertama di kalangan 10 selebriti paling kaya di Malaysia dengan nilai bersih AS$ 245 juta (RM1.1 bilion).

Beliau dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik bagi anugerah Oscars Kali Ke-95 yang berlangsung di Dolby Theatre, Hollywood, California.

2. Ling Tan

Ling Tan yang juga supermodel Malaysia menduduki tangga kedua dengan nilai bersih RM265 juta.

Beliau juga merupakan model Asia Tenggara yang pertama untuk mengambil bahagian dalam beratus-ratus pameran fesyen serta dikenali jurugambar fesyen.

3. Siti Nurhaliza

Tidak terkejutlah jika penyanyi kelahiran Pahang ini, Datuk Seri Siti Nurhaliza menduduki tempat ketiga dengan nilai bersih (RM75.1 juta).

Beliau juga pernah memenangi anugerah Gold dalam pertandingan penyanyi Asia baru di pesta muzik yang diadakan di Shanghai.

4. Maya Karin

Pelakon cantik, Maya Karin pula menduduki tempat keempat dengan nilai bersih RM61.8 juta.

Jangan terkejut pelakon ‘Pontianak Harum Sundal Malam’ ini juga seorang pemuzik dan merilis album pertamanya “Love” pada tahun 2002.

5. Amber Chia

Pengacara televisyen merangkap model, Amber Chia di tempat kelima dengan nilai bersih RM22 juta.

Beliau juga dinobatkan sebagai model tahun 2021 oleh anugerah model antarabangsa Malaysia.

6. Carmen Soo

Di tangga keenam adalah pelakon dan model Cina, Carmen Soo dengan RM1706 juta nilai bersih.

Beliau mula terkenal selepas melakonkan watak Maria dalam filem berjudul ‘Lawatan: Anthology Hungry Ghost’ yang berjaya menarik minat para penerbit.

7. Nicholas Teo

Penyanyi Malaysia yang mengembangkan bakatnya di Taiwan, Nicholas Teo berada di tangga ketujuh dengan nilai bersih RM13.2 juta.