Sentuhan akhir Suhaizan di kawasan panas menjelang hari mengundi

Sentuhan akhir Suhaizan di kawasan panas menjelang hari mengundi

 

Kurang 15 jam tempoh berkempen bagi Pilihan Rakyat Kecil (PRK) Parlimen Pulai yang akan tamat 11.59 malam ini, calon Pakatan Harapan (PH) Suhaizan Kayat terus giat melakukan ‘sentuhan akhir’ bagi meraih sokongan pengundi.

Dalam tempoh akhir sebelum ‘menyerahkan nasibnya’ kepada rakyat Pulai, aktiviti kempen beliau ditumpukan ke kawasan kubu kuat PH-Barisan Nasional bagi menyantuni rakyat.

Katanya, setakat malam tadi, hampir keseluruhan pusat daerah mengundi (PDM) sudah disantuni dan pada hari terakhir ini, kempen beliau dan jentera akan menziarah ke kawasan-kawasan panas.

“Alhamdulillah, kita lihat respons pengundi amat baik dan harap momentum ini dapat diterjemah menerusi undi dan keputusan esok (hari mengundi). Kita akan terus merayu sokongan rakyat

“Malam ini kita akan adakan ceramah¬†grand finale yang akan dihadiri pemimpin PH-BN dan kita harap sentuhan akhir ini dapat menarik undi rakyat,” katanya kepada pemberita pada program bersama anak muda, di Kampung Pasir Tampoi, di sini, malam tadi.

Pada PRK Parlimen Pulai, Suhaizan berdepan saingan tiga penjuru menentang calon PN, Zulkifli Jaafar dan Samsudin Mohamad Fauzi yang akan bertanding sebagai calon Bebas.

PRK Parlimen Pulai dan PRK Dewan Undangan Negeri (Dun) Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka di dua kerusi berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi PRK bagi kedua-dua pada Sabtu ini.