Senyap je 3 Menteri ni, lesap tak ‘back-up’ Veveonah

Senyap je 3 Menteri ni, lesap tak ‘back-up’ Veveonah

Isu pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) semakin panas dipertikaikan lebih-lebih lagi apabila ianya membabitkan anak muda yang seolah-olah diperalatkan untuk menutup kesalahan yang dilakukan Kabinet PN. Terkini kelibat tiga Menteri ini pula dipersoalkan orang ramai.

Ke mana mereka? Menteri Pengajian Tinggi Datuk Noraini Ahmad; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun; dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

Sehingga saat ini masih tiada lagi kenyataan tampil mempertahankan Veveonah Mosibin

Depa pemalu kot’

Menarik perhatian, warganet mula menyifatkan kerajaan Perikatan Nasional kini semakin huru hara hanya disebabkan keberanian Veveonah.

“1 orang muda+sebuah laptop+pokok’ sudah mampu menggoncang sebuah pentadbiran hingga MP dan Timbalan Menteri bersungguh-sungguh cuba melakukan ‘character assassination’.

“Bayangkan jika lebih ramai orang muda yang terlibat, seluruh Putrajaya tu boleh terbalik rasanya,” kata pengguna Twitter yang menggunakan akaun Anak Muda.

Sumber: Twitter