Seolah dipukau, wanita anak lima baru sedar perkahwinan tak sah sebab ‘wali hantu’

Seolah dipukau, wanita anak lima baru sedar perkahwinan tak sah sebab ‘wali hantu’

 

Di TikTok, Datuk Seri Azlina Hanim Hasan menyedari bahawa pernikahan pertamanya tidak sah (syubahah) akibat pemalsuan dokumen.

Wali sudah tiada sejak 1964

Menurut Azlina, lelaki bergelar Datuk itu dipercayai telah mengupah orang untuk menyamar sebagai wali palsu.

Hasil siasatan mendapati pemilik identiti sebenar wali itu rupanya sudah tiada sejak tahun 1964, sedangkan mereka mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 di sebuah rumah dekat Keramat.

Azlina turut memberitahu dia baru mengetahui mengenai status lelaki itu adalah duda ketika bernikah dengannya.

Mendakwa seolah dipukau, Azlina tidak menyedari hal tersebut sehingga melahirkan anak seorang demi seorang.

Usahawan yang berusia 36 tahun ini turut meluahkan rasa pelik apabila anak-anaknya boleh dibinkan nama bekas suami.

Tuntutan saman sebanyak RM10 juta

@nizam_zain79

Pengasas produk kecantikan Jennaira, Datuk Azlina Hanim Hassan mahu saman bekas suaminya sebanyak RM10 juta #samanfitnah #penipuan #perkahwinan #rm10juta

♬ original sound – Nizam Zain – Nizam Zain

Bercerita lebih lanjut, Azlina bakal membuat tuntutan saman sebanyak RM10 juta terhadap bekas suaminya kerana menipu ketika bernikah. Walaupun sudah mempunyai ramai anak, Azlina memberitahu statusnya bukan janda sekaligus menyebabkan beliau tiada edah.

Di samping itu, Azlina dipercayai sedang dalam proses membuat tuntutan nafkah anak yang bakal diputuskan hujung bulan ini.