Seolah ketandusan calon, UMNO disaran namakan pengganti Ahmad Maslan

Seolah ketandusan calon, UMNO disaran namakan pengganti Ahmad Maslan

Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun menegaskan peranan Azalina Othman Said dalam mempengerusikan Dewan Rakyat hari ini tidak menjadi satu isu walaupun ahli parlimen Pengerang itu baru dilantik sebagai penasihat khas perdana menteri.

Ini kerana menurut Azhar, pelantikan Azalina bukanlah berstatus menteri dan oleh itu Azalina bukanlah sebahagian daripada pihak pentadbiran ataupun eksekutif.

“Beliau hanyalah penasihat yang akan menasihati perdana menteri… bukan (nasihat) kerajaan.. mengikut pendapat dan pengetahuan beliau dan kebijaksanaan beliau.

“Jadi oleh kerana beliau bukan ahli eksekutif, maka saya tidak nampak apa-apa masalah di dalam permintaan saya untuk beliau mempengerusikan persidangan (Dewan Rakyat),” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Azhar berkata demikian sebagai respon balas kepada Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) yang membangkitkan konflik kepentingan berhubung peranan Azlina sebagai pelantikan barunya itu dan mempengerusikan dewan.

“Perkara 7(3) pada pukul 2.30 tadi, saya telah bersama Kulim Bandar Baharu (Saifuddin Nasution) telah bangkitkan isu bahawa Pengerang (Azalina) duduk di kerusi speaker,” katanya.

Menjelaskan lanjut, Azhar berkata Azalina tidak perlu membuat sebarang peraturan mengenai perkara-perkara yang dinasihatinya berkaitan jawatannya sebagai penasihat khas kepada perdana menteri.

“Maka beliau tidak mempunyai apa-apa conflict of interest… serupalah macam saya, ramai orang kata saya ada conflict of interest dengan peguam negara (Idrus Harun) sebab beliau abang saya.

“Tapi sekiranya perkara itu dibincangkan, saya boleh mempengerusikannya. Tetapi kalau saya nak buat ruling, waktu itu conflict of interest akan timbul, maka akan mengecualikan diri saya.

“Sama juga dengan YB Pengerang, sekiranya apa-apa ruling perlu dibuat oleh beliau, maka sudah tentulah, dan saya pasti beliau akan mengecualikan diri beliau daripada mempengerusikan pada waktu itu,” katanya.

Wong bagaimanapun bertegas supaya melantik individu yang lain untuk mempengerusikan dewan rakyat.

“Untuk menjaga kedudukan beliau, eloklah melantik orang lain. Saya nasihatkan speaker untuk mengecualikan beliau daripada untuk mempengerusikan (Dewan),” kata Wong.

Azalina pada 15 Sept lalu telah mempengerusikan persidangan Dewan Rakyat sesi petang sebagai timbalan speaker Dewan Rakyat buat sementara waktu.

Sumber – Malaysiakini