“Seorang guru yang menjadi permaisuri Agong” – Kisah ibu Sultan Perak, Tuanku Siti Bainun yang ramai tak tahu
Kalian pasti mengetahui cerita yang paling popular di dunia jika dikaitkan bverkahwin dengan anak raja! Ya betul Cinderella.
Cinderella seorang gadis dari keturunan biasa yang dilamar oleh Putera Raja, siapa sangka dari seorang rakyat biasa wanita hebat ini diangkat menjadi seorang permaisuri. Mengapa ianya dikaitkan dengan kisah Tuanku Siti Bainun ini? Ini sebabnya.
Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali yang dilahirkan pada 7 November 1937 di Pulau Pinang merupakan Raja Permaisuri Agong ke-9 serta Raja Permaisuri Perak ke-34. Beliau mempunyai 7 orang adik-beradik dan merupakan puteri kesayang ayahanda dan ibundanya iaitu Mohd Ali bin Man dan Che Putih.
Perkara Yang Diidamkan Setiap Wanita Apabila Di Lamar Oleh Putera Raja!
Baginda juga mendapat pendidikan awak di sekolah perempuan George’s Pulau Pinang dan kemudiannya melanjutkan pelajaran di Kirby Liverpool, Britain dalam bidang perguruan pada tahun 1952 hingga 1954. Bagind amengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran keluar negara kerana ketika itu, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu membiayai dan menghantar sekumpulan pelajar yang berminat untuk menjadi pendidik ke sana.
Sesama di England, mereka dilatih untuk menjadi seorang guru yang berwibawa yang sanggup berhkidmat demi bangsa dan negara agar suatu hari dapat memajukan negara mereka dengan pendidikan. Selain itu, Tuanku Siti Bainun juga merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan sangat aktif dalam persatuan pelajar.
Baginda juga berasal dari keluarga yang sangat berdisiplin tinggi yang membuatkannya disenangi ramai ketika belajar di England. Tambahan pula, baginda merupakan seorang pelajar yang juga aktif di dalam bidang sukan.
Kehidupannya Berubah Ketika Mengikuti Rombongan Ke London
Sewaktu ketibaan rombongan pelajar di lapangan terbang Heathrow, London pada tahun 1952, mereka telah disambut oleh sekumpulan pelajar Tanah Melayu yang beklajar di sana. Di mana salah seorang dari mereka adalah Putera Raja dari Negeri Perak iaitu, Yang Amat Mulia Raja Azlan Shah Ibni Sultan Yussuf Izzuddin. Raja Azlan Shah merupakan Putera bongsu Sultan Perak yang ketika itu sedang belajar di Universiti Nottingham.
Ketika di situlah baginda dan Raja Azalan Shah menemui cinta pandang pertama. Pada tahun 1955 baginda mendirikan mahligai rumah tangga bersama Raja Azlan Shah oleh kerana mereka saling mencintai satu sama lain. Mereka dikurniakan Lima orang cahaya mata di mana dua orang Putera dan tiga orang Puteri.
Baginda menjadi guru selama 22 Tahun serta menjadi pengajar yang cemerlang di beberapa buah sekolah di Kuala Lumpur, Raub, Seremban, Kuantan dan Taiping. Tuanku Siti Bainun dianugerahkan “A Fellow of Liverpool John Moores University” sebagai tanda penghormatan atas menghargai jasa dan sumbangan baginda kepada masyarakat dalam bidang pendidikan.
Pada 1979, baginda bersara dari menjadi seorang guru serta jawatan terkahirnya sepanjang menjadi pengajar adalah Penolong Kanan Sekolah Seri Ampang dan ketika itu baginda hanya menjadi isteri kepada Hakim Besar Malaya Tan Sri Raja Azlan Shah.
Pada 1984, Sultan Perak Suktan Idris Shah II telah mangkat dan kemudiannya DYTM Raja Azlan Shah telah dilantik menjadi Sultan Perak Ke-34. Maka ketika itu, baginda telah menjadi Raja Permaisuri Perak yang disanjungi ramai. Pada tahun 1989, DYMM Paduka Seri SUltan Perak ditabalkan menjadi Agong yang ke-9.
Siapa sangka dari seorang rakyat biasa Baginda diangkat menjadi seorang permaisuri yang disanjung ramai. Baginda juga dikenali di dalam dan luar negara serta semua institusi pendidikan mahupun kesihatan dinamakan sempenanya, ia merupaka perkara yang paling bermakna dalam hidupnya.
Apa kata anda?