Serah soal jodoh pada Allah, Sharnaaz Ahmad dah ‘standby’ tabung masuk rumah orang tua

Serah soal jodoh pada Allah, Sharnaaz Ahmad dah ‘standby’ tabung masuk rumah orang tua

Susulan pengakuan pelakon Sharnaaz Ahmad yang lebih selesa memilih wanita biasa sebagai calon isteri, timbul pula salah anggap dalam segelintir warganet.

Jodoh di tangan Allah

Menerusi hantaran di Instagram Story, Sharnaaz bekata dia tidak mencari teman hidup sebaliknya menyerahkan urusan jodoh kepada Allah SWT.

Bagaimanapun, aktor berumur 38 tahun itu tetap dengan pendirian wanita terbabit bukan dalam kalangan selebriti.

Sebab posting aku nak cari pasangan bukan di kalangan artis, rata-rata salah anggap.

Aku tak mencari, kalau Allah dah tentukan aku ini ada bini, aku terima. Jebat ada ibu baru yang pasti bukan pelakon!

Ada member main dam aji

Dalam pada itu, pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad menyatakan dia sudah menyediakan simpanan untuk tinggal di rumah orang tua sekiranya tidak bertemu pengganti bekas isteri, Noor Nabila yang merupakan usahawan dan kakak kepada Neelofa.

Katanya, dia tidak akan kesunyian kerana mempunyai penghuni lain menetap di situ yang boleh diajak berkawan.

Sebelum ini, Sharnaaz mengakui sudah mempunya kekasih namun malu untuk bercerita mengenai soal peribadi secara terbuka. Katanya, usianya sudah meningkat serta bimbang sekiranya hubungan itu tidak berakhir dengan baik.

Terdahulu, Sharnaaz dan kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila pernah berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.

Bagaimanapun, pasangan ini sah bercerai pada 9 Julai 2020 secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.