Serang Agong, sikap biadap Hadi undang kecaman ramai

Serang Agong, sikap biadap Hadi undang kecaman ramai

Heboh di media sosial Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi terus mempertikaikan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

Ini kerana beliau dikatakan menyindir keputusan pihak Istana Negara apabila mengaitkan pelantikan itu dengan masa kecederaan dalam perlawanan bola sepak.

Menggunakan analogi perlawanan bola sepak, Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, cara pelantikan Anwar umpama memberikan masa tambahan bagi membolehkan Pakatan Harapan (PH) mengumpul lebih banyak Ahli Parlimen bagi menyokongnya.

Ketika kerancakan Piala Dunia yang sedang berlangsung, Abdul Hadi mendakwa ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menang kerana berjaya melepasi 112 majoriti mudah, PH dan Anwar sebaliknya diberikan masa tambahan untuk mencari sokongan tambahan.

Perkara itu dinyatakannya dalam Twitter beliau @abdulhadiawang semalam dan kenyataan penuhnya disiarkan juga oleh portal berita PAS, Harakahdaily.

“Bagaimana pula kalau pengadil menambah masa bukan kerana faktor kecederaan atau seri tiada keputusan?

“Padahal keputusannya sudah ada kemenangan pada satu pihak, ada mata dan golnya.

“Tiba-tiba pengadilnya menambah masa juga untuk memberikan peluang kepada yang nyata sudah kalah supaya mereka dapat meraih kemenangan juga dengan apa cara sekalipun, yakni masanya dicederakan oleh si pengadil,” katanya.

Ia dipercayai merujuk kepada sokongan 115 sokongan Ahli Parlimen yang diterima oleh Muhyiddin pada Ahad selepas hari mengundi dan memaklumkan kepada Istana Negara bahawa PN telah menang dan Muhyiddin patut dilantik sebagai Perdana Menteri.

@faisal_mn_ pula menulis “Agong dah bagi cadangan pertama, PH+PN, tapi ko (kau) dgn angkuh tolak, sambil bgtau cukup SD. Sedangkan Agong tak cadangkan SD, ko memandai nak pakai SD. Bila ko reject, Agong terpaksa cadang PH+BN dgn nasihat Majlis Raja-Raja. Sekarang ko hina Agong dgn kiasan.”

Memetik Berita Harian, kenyataan penuh Abdul Hadi turut disiarkan oleh Harakahdaily, lidah rasmi PAS yang menyebut Islam mewajibkan umatnya agar berlaku adil dalam semua perkara, daripada dalam satu keluarga sehinggalah dalam satu masyarakat dan negara dalam semua perkara, termasuklah dalam pertandingan sukan.

Namun, katanya ketika menghadap, Muhyiddin dimaklumkan tidak lagi mempunyai sokongan majoriti mudah selepas 10 Ahli Parlimen BN menarik balik sokongan.

Ini kerana Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan 30 Ahli Parlimen BN menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.

Marzuki juga berkata beliau menerima pelantikan Anwar oleh Yang di-Pertuan Agong selepas Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu.

Beliau berharap tiada tuduhan Muhyiddin menderhaka, angkuh dan enggan berunding.