Sering menggeletar berdepan wartawan, peminat nasihatkan Remy Ishak berubat cara kampung

Sering menggeletar berdepan wartawan, peminat nasihatkan Remy Ishak berubat cara kampung

 

Pernah digelar Hero Malaya, Remy atau Mohammad Zalimie Ishak, 41, mengakui dia masih lagi terkesan dengan masalah kesihatan mental seperti mana pernah dikongsikan sekitar tiga tahun lalu.

Menerusi riak wajah pelakon tampan itu, jelas kelihatan reaksi tidak selesa dan gementar apabila didekati sekumpulan media yang ingin membuat temu bual bersamanya ketika majlis tayangan perdana filem Harum Malam baru-baru ini.

Jelas pelakon berkenaan, dia sendiri tidak pasti masalah sebenar dihadapinya malah sehingga ke hari ini wujud perasaan takut berdepan dengan orang ramai.

“Keadaan saya masih belum okey lagi. Nak jumpa orang pun ada rasa takut. Sama juga jika mahu keluar ke lokasi penggambaran namun saya sendiri pun tidak tahu masalah sebenar penyakit ini.

Remy mahu fokus kepada kesihatan.

“Sekarang ini pun (ketika ditemu bual) saya menggeletar. Apa pun saya cuba untuk kawal perasaan tersebut,” katanya, memetik laporan Mstar.

Dalam pada itu, Remy berkata, masalah tersebut turut menggangu tumpuannya di lokasi namun berusaha mengatasi segala ketakutan demi survival kerjayanya sebagai seorang pelakon.

Disebabkan masalah itu juga, Remy berkata, dia berhasrat memperlahankan karier pada tahun ini bagi memberi fokus kepada kesihatan dan pemulihan.

“Berlakon ini adalah minat saya, jadi saya kena teruskan walaupun memang sangat susah dalam keadaan begini. Saya tidak boleh berterusan begini. Kalau dibiarkan bermakna saya mengalah.

Remy muncul dengan filem terbaharu Harum Malam.

“Hiburan juga adalah satu bentuk nasihat. Sekarang ini zaman digital dan penonton boleh menilai perkara baik atau buruk dalam sesebuah karya.

“Saya rasa LPF perlu lebih terbuka dan ada sedikit kelonggaran,” ujarnya.

Selain Remy filem tersebut turut menampilkan pelakon lain seperti Idan Adean, Bront Palarae, Nadiya Nissa, Arnie Shasha, Nabila Huda, Amanda Ang, Joey Daud dan Faizal Hussein.

Filem terbitan kerjasama D’Ayu Pictures, Skop Productions dan Apparat ini akan mula ditayangkan pada 9 Februari.