Seringkali ditohmah berperawakan kasar, org Kedah ini tampil buktikan sebaliknya

Seringkali ditohmah berperawakan kasar, org Kedah ini tampil buktikan sebaliknya

 

Amboi hang.. lupa daratan ka? Lahir besaq & jadi orang pun kat kedah.. tup tup buleh dok key el terus tak mau ngaku orang kedah. Konon orang key el sangat tu… Balik kedah kena hambat baru hang tau!!

Itu antara dialog biasa bagi ‘orang utagha’ atau lebih spesifik lagi orang Kedah. Apa sahaja perbualan yang dihamburkan pasti ditohmah berbalunyi kasaq.

Tapi, betulkah orang Kedah ni semuanya suka bercakap kasaq-kasaq?

Menjawab persoalan ini, tampil seorang cendiakawan kewangan Islam terkenal. Dr. Abdel Rahmanov memuat naik hantaran berkaitan salah faham masyarakat terhadap warga 02 itu di FB miliknya.

Saya melihat satu video Tik Tok. Dia kata orang selalu orang kata orang Kedah kasar tetapi sebenarnya hati orang Kedah amat baik dan suka merendah diri.

Orang Kedah selalu akan kata mereka tidak tahu atau “tak tau” dalam loghat Kedah.

Semasa mula hendak bersembang, orang Kedah akan berkata,

“Apa nama tak tau?”

” Duduk mana tak tau?”

” Orang mana tak tau?”

Semasa membeli barang, orang Kedah akan berkata,

“Kak, cucuq udang ini berapa ringgit tak tau?”

Semasa memesan makanan, orang Kedah tetap merendah diri walaupun perut mereka sudah lapar. Mereka akan cakap,

“Nak makan apa tak tau?”

Semasa marah anak, orang Kedah tetap merendah diri. Mereka akan cakap,

“Hang ni perangai lagu mana tak tau?”

Nampak tak betapa sikap merendah diri menjadi budaya orang Kedah. Salam hormat.

Dr. Abdel Rahmanov
4 Februari 2023