“Serious, aku hampir gila nak menjerit ketika itu apabila anak menangis tak henti, tiada yang nak menolong dan sakit bahagian czer maha dahsyat, betul-betul aku tertekan”

“Serious, aku hampir gila nak menjerit ketika itu apabila anak menangis tak henti, tiada yang nak menolong dan sakit bahagian czer maha dahsyat, betul-betul aku tertekan”

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi aku Rose. Maaf la kalau story aku biasa biasa saja. Cuma aku tiada tempat nak meluahkan.

Sekiranya aku tak meluahkan, aku risau akan hadapi “depression”. Aku perlukan kata kata semangat dan nasihat daripada korang.

Sedikit intro tentang diri aku. Aku di penghujung 20 an. Sudah berkahwin setahun lebih dan mempunyai anak 5 bulan.

Pernah bekerja dahulu tapi aku sudah berhenti dan menjadi fulltime housewife untuk menjaga anak aku. Sebab aku takut untuk tinggalkan pada pengasuh.

Terlalu banyak cerita cerita yang membuatkan aku risau nak hantar dekat pengasuh.

Seperti tajuk, derita aku bermula sejak aku berkahwin sehingga sekarang. Gara gara ibu mertua yang suka cakap lepas.

Bukan kerana dia tidak suka aku tetapi memang perangainya sejak dahulu begitu.

Sejak mengandung, aku dan suami memang tinggal dengan keluarga aku.

Tetapi hujung minggu aku tetap balik ke rumah mertuaku tapi aku sangat tidak selesa kerana semua anaknya lelaki dan tinggal bersama.

Suamiku kadang bekerja balik sehingga lewat malam dan tinggal aku di situ keseorangan dan tidak selesa.

Aku rasa sangat terasing di situ. Dan kadang kadang ibu mertuaku seolah olah mengharapkan aku masak untuk semua ahli keluarganya.

Kadang ku turutkan walaupun tengah sarat mengandung dan kandunganku sangat besar. Sememangnya aku tersangat letih tetapi demi menjaga hati aku turutkan saja.

Setelah aku beranak, ditakdirkan susu badanku sangat sangat sedikit.

Kalau marmet atau perahan manual, 0.5 oz pun susah walaupun sudah hampir seminggu. Sedangkan anak aku asyik menangis lapar sahaja. Mentalku koyak.

Aku jugak tidak punya ilmu penyusuan. Aku berfikir bila beranak aku akan ada susu badan seperti orang lain.

Aku kenalkan botol susu sejak kelahirannya sebab aku beranak czer. Dan aku tak tahu nak handle anak menangis seorang diri di ward bagaimana.

Nurse nurse jugak tak nak membantu dan menyuruhku memberi susu badan.

Aku mencuba sedaya upaya tetapi anakku tak nak kerana dia sudah biasa dengan flow yang laju apabila diberi oleh nurse ketika aku perlu berehat 6 jam selepas czer.

Serious, aku hampir giila nak menjerit ketika itu apabila anak menangis tak henti. Tiada yang nak menolong dan sakit bahagian czer maha dasyat. Betul betul aku tertekan.

Sehinggalah ada jiran sebelah aku datang dan cakap, kalau nurse tak nak tolong. Bagi saja susu botol. Kesian saya tengok awak.

Disitu bermula aku memberi susu botol kepada anak. Tetapi aku tetap memberi susu badan 2 jam sekali tetapi apabila dia tantrum flow susu aku slow terpaksa bagi botol jugak. Sebab tantrum nya betul betul susah nak di pujuk.

Sepanjang berpantang, begitu la keadaan aku. Aku sudah mencuba berurut 3 kali untuk lancarkan susu.

Tetapi aliran susu masih hanya 1-2 oz untuk 3 jam tetapi anak aku sangat kerap minum. Adakalanya sejam sekali. Kerana itu aku campurkan dengan susu formula.

Derita aku sepanjang berpantang memang maha hebat. Aku diperli dipandang hina kerana memberi botol dan susu formula.

Aku masih boleh bertahan sekiranya orang lain mengutuk aku. Tapi aku semakin tertekan apabila mak mentua aku setiap kali jumpa akan memerli penggunaan botol dan formula.

Mental t0rture ni sangat bahaya. Dia makan sampai ke dalam sehingga kau akan berterusan menyalahkan diri tak mampu menjadi ibu yang baik.

Makin lama aku belajar nak tingkatkan susu badan. Aku masuk kelas. Bertanya pendapat orang yang arif.

Semua aku lakukan daripada 3 jam pumping, power pumping, ambik milkbooster red dates, halba, goji berry, longan kering, mengurut. Semua aku lakukan hampir 2 bulan lebih.

Lekapanya jugak betul dan anak tiada tongue tie. Aku tak tahu mengapa susuku masih tidak naik. Anak sudah tidak hisap sebelah sejak lahir.

Aku pump di bahagian tersebut tapi makin lama pengeluarannya sudah makin kurang. Aku sedih sebenarnya tiada ilmu penyusuan daripada awal.

Apabila aku mencuba mencuba sehingga anak sudah 5 bulan. Susuku masih tidak lebih 2 oz. Anak memang kerap Breastfeed kerana dia sudah Pandai reject botol.

Tapi apabila beratnya berkurang, kencingnya sangat sangat sedikit dan tidak membuang melebihi 3 hari, aku cuba segala botol untuk bagi dia nak botol semula.

Alhamdulilah sekarang dia sudah mahu botol semula. Berat juga semakin okay.

Persoalan ku. Aku berasa sudah mahu give up tentang penyusuan kerana jiwaku selalu tidak tenteram.

Aku rasa aku menjadi ibu yang gagal.

Kata kata orang yang menyakitkan hati aku, aku sudah tidak mampu tahan.

Kebanyakannya kata aku malas berusaha, nak senang saja, tak sayang anak sebab bagi formula, aku berfikiran Negatif sebab tak berusaha.

Sedangkan orang tak tahu, orang yang sedikit susunya lebih banyak usaha daripada mereka yang Allah dah anugerahkan susu yang meriah dan cukup untuk anak.

Suami aku banyak memberi semangat tetapi dengan keadaan dia sangat sibuk bekerja. Dan aku menjaga anak 24 jam. Aku sangat tertekan.

Adakalanya aku mahukan me time tapi aku takut anak akan mencari aku. Sesungguhnya menjadi surirumah tersangat penat.

Mungkin yang bekerja dapat berinteraksi dengan orang luar, dapat drive keluar daripada rumah kurang rasa kebosanan.

Surirumah menjaga anak 24 jam, tiada kawan. Hanya dirumah. Kerja kerja rumah terlalu banyak.

Anak mengempeng. Tidur tak pernah lebih 2 jam sejak anak Lahir. Aku tidak mengatakan menjaga anak satu beban.

Sesungguhnya menjaga anak didepan mata, melihat tumbesarannya merupakan anugerah tak ternilai. Kerna itu aku sanggup berhenti kerja dan focus menjaga anak.

Tetapi adakala bebanan penat dan kerja yang tak berkesudahan, memang membebankan jiwa.

Adakah betul tindakan aku untuk give up penyusuan susu ibu sebab anak tak lama lagi akan start solid food?

Aku dah tak mampu hidup dalam tekanan kata kata orang yang perli aku memberi susu formula.

Jadi aku nak terus berhenti breastfeed dan focus pemakanan anak dengan jiwa yang tenang.

Aku nak cakap direct pada semua, memang aku nak beri susu formula saja. Cukup t0rture minda aku.

Bagilah aku menjaga anak aku dengan cara aku.

Adakah nampak aku terlalu gagal menjadi ibu yang sempurna untuk anak aku?

Terlalu banyak kata kata pedih yang terpaksa aku telan. Bila aku cuba mempedulikan tetapi jiwa perempuan tetap lemah.

Kata kata manusia mesti akan mempengaruhi emosi jugak.

Bantu aku kawan kawan!