“Setahu saya, dia lah kaki bodek”, – Isham Jalil ingatkan Noh Omar sejarah beliau bodek Najib Razak bagi jawatan menteri

“Setahu saya, dia lah kaki bodek”, – Isham Jalil ingatkan Noh Omar sejarah beliau bodek Najib Razak bagi jawatan menteri

Selepas menuduh kalangan ahli UMNO yang masih setia dengan parti tersebut sebagai kaki bodek, bekas pegawai Perdana Menteri ke-6, saudara Isham Jalil tampil mendedahkan wajah sebenar kaki bodek di dalam UMNO.

Pendedahan tersebut dibuatnya menerusi hantaran FB sebentar tadi.  Malah lebih mengejutkan, kaki bodek yang dimaksudkannya tidak lain tidak bukan adalah Noh Omar sendiri.

Malah, Isham juga menyelar sikap kacang lupakan kulit Noh Omar semata- mata kerana teruja menjadi calon Perikatan Nasional sewaktu Pilijanraya Negeri yang dijadualkan tidak lama lagi.

Semalam Noh Omar kata orang UMNO kaki bodek. Setahu saya yang kaki bodek adalah Noh Omar. Dulu seingat saya semasa dia (Noh Omar) ingin jadi menteri, dia bodek PM Najib, dan sampai saya pun dia (Noh Omar) bodek, masa itu saya bekerja di Pejabat Perdana Menteri.

Dulu UMNO yang angkat dia (Noh Omar) sebagai wakil rakyat sehingga jadi menteri. Kini hanya beberapa bulan selepas dia minta dipecat dari UMNO dia sudah mula kutuk dan caci UMNO umpama kacang lupakan kulit. Hanya kerana dia ingin bertanding pilihanraya lawan UMNO.

Saya ingin ingatkan Tan Sri Noh Omar, UMNO banyak berjasa kepada kamu, jangan lupa itu.

Salam.