Setakat bayar bil tak payah kecoh sangat, Caprice nasihatkan Ali Puteh jadi ‘jantan’
Kenyataan pelawak Ali Puteh yang membangkitkan mengenai bayaran utiliti di rumah abangnya, Allahyarham Abam Bocey menarik perhatian penyanyi rap iaitu Caprice untuk mengulas perkara tersebut.
Memetik perkongsian Oh!Media, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkata, Ali tidak perlu mempertikaikan tindakan kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd Ali yang dikatakan tidak mengambil peduli soal bayaran bil elektrik dan air kediaman berkenaan.
Jadi ‘jantan’, tak payah bagitahu bayar bil ke tak
View this post on Instagram
“Kita ni jantan. Tak perlu beritahu kita ni bayar bil dan sebagainya. Saya faham kadang-kadang rasa kita ni mangsa, tapi secara peribadi mangsanya adalah seorang balu kehilangan suami, seorang anak hilang ayahnya,” – Caprice
Caprice berkata demikian menerusi sebuah video dimuat naik di laman Instagram yang mengulas laporan artikel berhubung kemelut antara pelawak itu dengan balu arwah Abam, baru-baru ini.
Pada masa sama, penyanyi lagu Kau Hade itu berharap Ali dapat memudahkan urusan ibu tunggal terbabit yang pernah melalui beberapa episod ‘derita’ sejak pemergian Allahyarham Abam.
“Hang (Ali) buatlah kunci pendua banyak-banyak. Bagi pada peguam, balu dan anak dia. Terpulang la nak datang Isnin, Rabu atau Ahad.. akhirnya keluarga juga. Permudahkanlah urusan mereka ni”.
“Saya faham perasaan jatuh, sakit tu macam mana. Tapi kita ni jantan, kalau kita jatuh selepas Subuh.. sebelum Zuhur lagi kita dah usaha cari jalan dan bangkit”, katanya.
Terdahulu, Ali atau nama penuhnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan memaklumkan dia telah menjaga rumah Allahyarham Abam dengan baik meskipun adiknya tinggal di situ buat sementara waktu.
Selepas itu kata di TikTok rumah lusuh… arwah Abam dah tiga tahun meninggal. Kalau rumah itu tidak berjaga dah tutup sawang satu rumah
“Rumput di situ kami potong tiap-tiap bulan. Ada dia tanya bil api ke bil air sepanjang tiga tahun kita jagakan rumah ini. Tapi bila dia buat video TikTok macam itu orang datang memaki dan membenci saya. Saya tak tahu apa-apa ini,” kata Ali.