“Setakat RM8 hang aku tak heran lah” – Pekerja kedai makan mengamuk campak duit, tak puas hati ditegur pelanggan

“Setakat RM8 hang aku tak heran lah” – Pekerja kedai makan mengamuk campak duit, tak puas hati ditegur pelanggan

Bidang restoran dan hospitaliti bukanlah sesuatu yang mudah, mereka yang menceburi bidang ini bukan sahaja perlu ada asas yang kuat malah mereka juga perlu ada kesabaran yang tinggi kerana mereka ini perlu berhadapan dengan pelanggan yang mempunyai pelbagai ragam.

Pun begitu, jika servis yang diberikan oleh peniaga atau pekerja restoran ini baik, maka pelanggan akan sentiasa memenuhi restoran tersebut.

Namun, lain ceritanya bagi satu kes ini di mana seorang pekerja kedai makan yang terletak di Perlis bertindak biadab dengan pelanggan.

Dalam perkongsian video di X, kelihatan seroang pekerja kedai makan memaki hamun pelanggan dan lebih teruk lagi dia membaling duit sebanyak RM8 kepada pelanggan tersebut.

Menurut perkongsian itu, difahamkan pelanggan tersebut menegur secara baik pekerja yang mengendalikan kaunter bayaran itu kerana tidak melihat dengan betul transaksi online yang dibuat.

“Harga makanan RM8 dan *** transfer pastu masa nak tunjuk resit dekat dia, dia tak pandang pun. Then *** cakap, ‘lain kali layan customer elok elok na’ (dengan sopan) pastu dia terus mengamuk terpekik bagii semua orang tengok,” luah pelanggan itu.

Apabila pelanggan itu pergi ke meja makan, pekerja itu bertindak datang kepadanya kemudian memaki hamun gadis tersebut serta membaling semula RM8 itu.

Malah, pekerja restoran itu turut menangkap gambar pelanggan itu dan mengugut akan tularkan wajahnya.

Cats 27

Selepas kejadian itu, pelanggan berkenaan membaca ulasan (review) yang dibuat oleh pelanggan sebelum ini di Google, hasilnya mendapati ramai lagi pelanggan yang senasib dengannya dari segi layanan, ada juga komen yang berkata makanan di situ mempunyai kualiti yang sangat teruk.