Setelah beberapa hari kisahnya tular, akhirnya anak kepada Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania bersuara

Setelah beberapa hari kisahnya tular, akhirnya anak kepada Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania bersuara

 

Setelah beberapa hari isu mengenai dirinya didedahkan dah menjadi tular, akhirnya anak kepada Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania bersuara.

Menerusi hantaran di Instagram, Marissa menyatakan segalanya yang berlaku adalah merupakan tanggungjawabnya.

“Ibu bapa saya telah memberikan yang terbaik buat saya (pendidikan,teguran). Semua yang berlaku merupakan dari tindakan dan pilihan saya. Izinkan saya jernihkan segala yang berlaku, bukan ibu bapa saya.

“Saya hanya perlu buat penjelasan kepada yang terlibat dan keluarga saya. Netizen? Netizen hanya membuatkan keadaan menjadi lebih teruk. Saya tidak mampu untuk menutup mulut sesiapa. Jadi jaga mulut untuk berkata-kata.

“Saya mengaku salah saya dan apa yang diviralkan mengenai perkara itu ada yang benar dan juga ada yang tidak benar. Tidak adil rasanya hanya mendengar cerita dari sebelah pihak sahaja,” tulisnya.

Tambah gadis ni, dia sudah tidak punya kaitan dengan pihak yang menularkan kisahnya.

“Cukuplah kenyataan yang dibuat memberitahu satu dunia saya yang bersalah, bahawa saya punca dia melanggar taklik dan penceraian berlaku.

“Apa yang berlaku antara saya dan Aslam cukuplah antara saya dan dia yang tahu.

“Saya dan Aslam tiada celebrate apa-apa selepas mereka pulang dari mahkamah seperti yang ditulis. Apa yang kami buat sampai dia cakap kami celebrate? Salah satu perkara tidak benar diviralkan,” katanya.

Katanya lagi, masing-masing mempunyai pandangan berbeza tetapi berhak bersuara bagi menyatakan pendirian masing-masing.