Setelah dicabar, Ujang kembali aktif ke dunia politik

Setelah dicabar, Ujang kembali aktif ke dunia politik

Selepas diserang hebat oleh warganet sehari dua ini, kartunis lejen Ujang menyatakan hasratnya untuk kembali mewarnai dunia politik tanahair.

Menurut satu hantaran fbnya semalam, akibat diasak oleh netizen, beliau mengambil keputusan membuat pusingan u dimana sebelum ini telah memaklumkan untuk tidak mahu aktif lagi dan akan menumpukan perhatian terhadap bidang penyiaran.

Turut dipaparkan dalam hantaran fbnya ialah gambar karikatur yang jelas menyindir parti AMANAH Negara.

Sementara itu, netizen masih bertali arus mengunjungi laman fbnya dan meninggalkan pelbagai reaksi daripada pendirian terbaharunya itu.