Setelah lama berdiam diri, akhirnya isteri pertama Boss Kay dedah cerita sebenar yang ramai tak tahu

Setelah lama berdiam diri, akhirnya isteri pertama Boss Kay dedah cerita sebenar yang ramai tak tahu

 

Selama konflik Cik Pia dan Boss Kay menghangat di media sosial, isteri pertama, Puan Nooraini Noni terlihat tenang menjalani kehidupannya peribadinya dengan anak-anak.

Namun jauh di sudut hati, dia sebenarnya menyimpan sendiri segala kebenaran kerana enggan mengeruhkan keadaan.

Semuanya bermula pada 2015

Hasil perkongsian dengan pihak Kisah Dunia sendiri, Puan Noni akhirnya memilih untuk bersuara setelah ramai yang mengikuti kisah pergelutan rumah tangga mereka mula memberikan persepsi tidak tepat terutamanya berdasarkan kisah-kisah yang viral atau tular di media sosial.

Katanya sejak 2015 lagi, firasatnya sebagai seorang isteri sudah menghidu kedekatan Boss Kay dan Cik Pia.

Dari situ, pertelingkahan sering terjadi meskipun awalnya rumah tangga mereka bahagia.

Terima takdir dimadukan tanpa kerelaan…8 tahun tetap sabar walaupun layanan tak sama rata

Hinggalah kedua-dua bernikah pada 2017 dan Cik Pia muat naik gambar anaknya dengan Boss Kay, sebenarnya itu bukan kali pertama Puan Noni mengetahui tentang hubungan mereka.

Meskipun sudah dimadukan tanpa rela, wanita ini tabah menjalani kehidupan berpoligami sambil membesarkan anak seorang diri.

Puan Noni saat itu rupanya tinggal sebumbung dengan keluarga mentua.

Mereka adalah saksi mata ketidakadilan Boss Kay yang saat itu disifatkan lebih mengutamakan isteri kedua.

“Mentua & ipar hak isteri pertama”…Puan Noni sifatkan kenyataan ini kurang tepat

“Mentua adalah hak isteri pertama”, kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Cik Pia ini menerusi sebuah siaran live di TikTok disifatkannya sebagai tidak tepat.

Menurut pandangan Puan Noni, kenyataan ini juga agak tidak adil buat keluarga bekas mertuanya.

Dedahnya, Cik Pia pernah bekerja di tempat yang sama dengan ipar-iparnya.

Namun, Puan Noni tidak pernah sesekali menghalang silaturahim atau menasihatkan mereka untuk berbuat sebaliknya.

“Saya menghormati keputusan ipar- ipar saya. Itu hak mereka” – Puan Noni

Kisah sebenar hanya ada satu

Tentang status pernikahan terkini, wanita berkenaan berkata Boss Kay sudah lepaskan talak pada bulan 3 lalu tetapi proses mahkamah sedang berlangsung.

Selepas ini, Puan Noni cuma berharap agar pihak netizen lebih berhati-hati apabila mendengar khabar angin tentang kemelut rumah tangganya dari mana-mana pihak.

Tegasnya, “Dalam setiap cerita ada kisah aku, kisah kamu & kisah dia. Namun cerita sebenar hanya ada satu”.

“Perkongsian yang saya buat ini bukanlah bertujuan mahu menjauhkan Boss Kay dengan anak-anak. Namun harapan saya cuma satu iaitu semoga pertalian antara seorang ayah & anak-anak terus terjalin meskipun kami sudah tidak sehaluan”