Setelah setahun PdPR dilaksanakan, kerajaan baru bercadang bentuk jawatankuasa kenal pasti kawasan tiada liputan internet

Setelah setahun PdPR dilaksanakan, kerajaan baru bercadang bentuk jawatankuasa kenal pasti kawasan tiada liputan internet

KEMENTERIAN Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bersama pihak Telekom Malaysia Bhd (TM) bagi mengenal pasti kawasan yang tiada liputan Internet atau capaian lemah bagi mengatasi masalah ketika pelaksanaan proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata menerusi jawatankuasa itu, pihaknya akan turun padang untuk melihat dan memantau sendiri kawasan yang tiada liputan atau capaian Internet rendah dan mengambil langkah segera mengatasinya.

Sumber : TMI