Setuju ceraikan isteri jika tidak menuntut nafkah mutaah, syarat diletak lelaki ini undang kecaman
Krisis rumahtangga dianggap lumrah di dalam kehidupan sebuah rumahtangga. Di tambah lagi jika krisis tersebur berpunca daripada kehadiran pihak ketiga.
Begitulah dengan sebuah perkongsian daripada seorang wanita yang dikatakan pernah menjadi isteri kepada seorang lelaki yang bergelar ‘ustaz’ baru-baru ini.
Kisah yang dikongsikan wanita tersebut menarik perhatian pembaca kerana ianya berlaku terhadap pasangan yang diakui mempunyai pemahaman agama yang kukuh.
Malah, syarat yang diletakkan si ‘ustaz’ terhadap isterinya sekiranya tetap bertegas mahu diceraikan juga dianggap sangat melampau dan zalim oleh pembaca.
Tulisnya di FB…
Ada kawan msj seronok ke jadi ‘Mrs J’…??
Hahahaha 🤣😂😂,
Kenapa..???? Hina sgt ke jadi J..???
Berapa ramai yg jadi J hidupnya lebih bahagia dri dia mjadi Isteri yg didera otak,mental,fizikal & emosi oleh Sang Penzhalim..?
Ingat ye…Isteri nabi pun berstatus J sebelum kawin dgn nabi.. jadi jgn hina sgt J.
Sbb melepaskan diri dri kemudaratan yg lebih besar itu lebih baik…dari bertahan & tergantung tak bertali tanpa status yg jelas.
Satu lagi, Saya tak malu berstatus J pun… Sbb saya tak khianati org & cerai saya cerai bersyarat.
“Syaratnya Saya selaku isteri tidak boleh menuntut nafkah Mutaah sejak hari pertama jadi isteri sehinggalah dia lafazkn talak walaupun dah 25 thn kawin & saya setuju dgn syarat tersebut di hadapan Hakim”
Maka, terbubarlah perkahwinan kami dgn syarat yg dia kenakan. Dgn 2x lafaz, talak jatuh.
Ini memang suatu pganiayaan bagi pihak isteri tapi Allah kan ada….Allah sebaik-baik Penolong. Bagi saya, Allah yg bagi saya rezeki & melepaskan diri dri dizhalimi itu adalah 1 kejayaan & pghargaan UTK diri sendiri.
Fight your right 💪💪💪
Sementara itu, menurut sumber yang tidak mahu dikenali memaklumkan ‘ustaz’ tersebut merupakan pemimpin utama bagi sebuah parti politik di sebuah negeri di utara tanahiar.
Malah, sumber tersebut berkata ‘ustaz’ tersebut juga merupakan kenalan rapat kepada seorang menteri kabinet sekaeang ini.
Sekiranya benar, maka sewajarnya menteri tersebut dapat mengambil tindakan segera bagi mengelakkan bekas isteri ‘ustaz’ tersebut terus menjadi mangsa kepada syarat yang zalim itu.
Sumber – Facebook