Sewa satu kapal terbang, Hafiz Mahamad bawa staff,orang susah, anak yatim & OKU tunai umrah

Sewa satu kapal terbang, Hafiz Mahamad bawa staff,orang susah, anak yatim & OKU tunai umrah

Hafiz Mahamad sewa satu kapal terbang, bawa staff Ainaa, orang susah, anak yatim & OKU tunai umrah. Alhamdulillah, pasti disanjung sebagai majikan yang baik. Membahagikan rezeki Allah ke jalan yang diredhai.

Satu perkongsian video dari usahawan juga instafamous Hafiz Mahamad pasti membuatkan ramai mengalir air mata. Seperti mana janjinya sebelum ini yang mahu membawa staff mengerjakan umrah, hari ini niatnya itu dilaksanakan.

Hafiz Mahamad Sewa Satu Kapal Terbang

Mengujakan Hafiz tidak hanya membawa staffnya saja juga teamnya tetapi turut sponsor anak yatim dan golongan OKU untuk bersama-sama dengannnya ke Tanah Suci Makkah. Bahkan dirinya juga menyewa sebuah kapal terbang khas untuk melakukan umrah kali ini.

Pasti kos dikeluarkannya bukan sedikit namun ternyata caranya berkongsi rezeki ini cukup luar biasa. Di lapangan terbang, penuh dengan mereka yang terpilih menjejakkan kaki ke tanah suci dan beg-beg bertulisan Ainaa bagi memudahkan urusan pengenalan diri.

Dalam perkongsiannya, Hafiz memaklumkan dirinya sudah lama menyimpan impian mahu menyewa satu kapal terbang begini dan hari ini impian itu tercapai dengan izin dari-Nya.

@hafizmahamad

Ya Allah ! 1 kapal terbang ke Umrah 🥹 Tak boleh nak describe mcmana feeling ni @Syafiqah Aina

♬ Rahmatun Lil’Alameen – Maher Zain

“Dulu saya cakap pada isteri, Aina, abang nak satu hari sampai kita mampu  sewa satu kapal terbang, bayarkan tiket satu kapal terbang bawa orang pergi umrah. Hari ini awak tengok, ramai orang ada staff, ada team, ada orang susah, ada oku, ada anak yatim.

“Aina isteriku, aku sayang kau. Ini buktinya,” katanya sambil memaparkan ratusan orang di dihadapannya. Bahkan lebih bagus, ada teamnya yang mampu bawa mak ayah mereka untuk bersama-sama tunaikan umrah.

Kongsinya, semalam ada mak ayah team yang datang bertemunya mengucapkan rasa terima kasih  tetapi kata Hafiz, semua ini rezeki Allah dan rezeki isterinya, Nursyafiqah Aina Abdul Wahab.

Saat masing-masing melangkah ke perut kapal terbang, placard tertulis Ainaa dipegang oleh pramugari bertugas dan insan-insan terpilih ini. Moga lebih ramai majikan bermurah hati seperti Hafiz membawa staff mengerjakan umrah.