Shah Rukh Khan didakwa beri rasuah RM13 juta untuk bebaskan kes dadah anaknya

Shah Rukh Khan didakwa beri rasuah RM13 juta untuk bebaskan kes dadah anaknya

 

Sedang berseronok dalam parti yang diadakan atas sebuah kapal pelayaran, Aryan Khan iaitu anak kepada bintang Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan pernah ditahan pada 3 Oktober 2021.

Dipercayai terlibat dengan jenayah penyalahgunaan barang terlarang, dia telah dibebaskan selepas 28 hari menjalani siasatan.

SRK didakwa sogok pegawai narkotik yang menganggotai serbuan di kapal layar Oktober lalu

Lebih setahun berlalu, baru-baru ini isu berkenaan kembali menjadi bualan setelah seorang pegawai narkotik, Sameer Wankhede didakwa meminta ‘duit kopi’ daripada SRK sebagai upah menggugurkan tuduhan jenayah Aryan Khan. Media India melaporkan sogokan itu membabitkan wang bernilai sekitar RM13 juta.

Sameer kemukakan bukti perbualan mesej dengan SRK

Dalam prosiding rayuan di mahkamah, Sameer benar-benar cuba membuktikan dirinya tidak bersalah.

Dia telah melampirkan beberapa screenshot perbualan mesej memperlihatkan bahawa SRK yang banyak merayu agar anaknya dibebaskan. Katanya, mesej itu dihantar sekitar 3 & 15 Oktober 2021 saat Aryan sedang ditahan di penjara.

“Saya merayu, usah biarkan Aryan meringkuk di penjara. Itu bukan salah dia, tolong hantar dia pulang. Tolong, tolonglah, saya merayu sebagai seorang ayah. Kalau ada apa-apa cara untuk tolong tanpa menjejaskan integriti anda, tolonglah bantu, saya sangat terhutang budi”

Sameer sifatkan tuduhan itu dibuat oleh ‘tangan-tangan jahat’ yang cuba memfitnah dirinya

Tiada perbincangan tentang wang, Sameer menegaskan perbualan itu hanyalah tentang keluhan SRK sebagai seorang ayah yang sedang bersusah hati.

Di sebalik tuduhan itu, Sameer mendedahkan ada ‘tangan-tangan jahat’ yang cuba memfitnah dirinya untuk kepentingan peribadi.

Sabtu lalu, dia disiasat lebih 5 jam sebelum disambung pada keesokan harinya.