Shahrul Shiro berang ada pihak terdesak sailang peluangnya jadi calon PRN Johor

Shahrul Shiro berang ada pihak terdesak sailang peluangnya jadi calon PRN Johor

Berbeza idealogi politik itu biasa.Serang menyerang antara parti politik juga biasa.Tetapi serangan peribadi dengan FITNAH itu tidak boleh diterima.Jika benar apa yg dinyatakan sahabat sy ini ia merupakan serangan fitnah yg dibayar dengan harga RM50 ianya sangat JIJIK dan KEJI!!!.Harga fitnah hari ini cuma RM50 sahaja!!!
Dua fitnah sehingga mengaibkan ialah

Pertama fitnah dibuang semasa berkhidmat di Jabatan Imigresen kerana najis dadah sangat mengaibkan sy dan keluarga.

Kedua fitnah terhadap Jabatan Imigresen itu sendiri kerana bersubahat menutup kes ini dan ia mengaibkan Jabatan kerajaan.

Pada mulanya sy boleh anggap ianya gurauan tetapi selepas bercakap dengan sahabat yg merupakan pengamal media ianya perlu diambil tindakan SERIUS kerana ada lagi fitnah yg akan ditaburkan sepanjang berlangsungnya PRN Johor ini oleh pihak2 yg terdesak inginkan kuasa.

Ajarkan lah anak muda ilmu dan kepentingan berpolitik secara matang dan berhemah bukannya menabur fitnah.Yakinlah formula fitnah sebelum PRU 14 tidak akan berjaya lagi.

Hari ini saya akan membuat laporan Polis dan siap sedia pemilik akaun ini dibawa kemuka pengadilan.👍🏻

#AnakMudaJanganDiKuda #FitnahOtakSempit #AkuBudakKluang #KitaBangkit #NeverSurrender