Sharnaaz Ahmad dedah tak mahu pasangan hidup kalangan artis atau pelakon

Sharnaaz Ahmad dedah tak mahu pasangan hidup kalangan artis atau pelakon

Sebut sahaja nama Sharnaaz Ahmad, sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang ingat akan penampilan ‘hot’ pelakon duda yang menjadi kegilaan ramai.

Terbaru, pelakon berusia 38 tahun itu mendedahkan bahawa dirinya tidak mahu lagi bercinta dengan wanita yang mempunyai status artis. Uish, betul ke ni?

Pilihan hati Sharnaaz

sharnaaz

Sharnaaz berkata demikian melalui satu posting di IG Stories miliknya. Dalam pada masa yang sama, dia juga menukar perkataan ‘next girlfriend’ kepada ‘next wife’ menegaskan betapa serius dirinya mencari pilihan hati.

Sebelum ini, Sharnaaz pernah berkahwin bersama bekas isteri, Noor Nabila pada 13 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Jebat Jayden.

Namun, pasangan itu telah berpisah pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. Walau bagaimanapun, Sharnaaz tetap melunaskan tanggungjawab sebagai seorang bapa terhadap anak lelakinya yang kini berusia empat tahun.