Shiera kongsi gambar raya bersama Shuib, netizen mula perasan sesuatu pada Watie

Shiera kongsi gambar raya bersama Shuib, netizen mula perasan sesuatu pada Watie

 

Setiap kali menjelang Aidilfitri, aktiviti ziarah menziarahi menjadi salah satu rutin yang wajib dilaksanakan oleh semua umat manusia.

Sharifah Shahirah Terima Kunjungan

Begitu juga dengan golongan selebriti, berkunjung kerumah rakan-rakan adalah merupakan salah satu perkara wajib dan tahun ini lebih meriah setelah beberapa tahun tidak dapat merayakan sepenuhnya.

Sharifah Shahirah atau lebih dikenalli sebagai Kak Rara merupakan salah seorang selebriti yang sering dikenali sebagai seorang yang ramah dan pastinya kunjungan tetamu pada musim perayaan tidak pernah lekang.

Shuib Dan Watie Turut Beraya

Salah seorang tetamu yang turut hadir berkunjung ke rumah Kak Rara adalah Shuib sekeluarga dan juga pasangannya, Watie.

Dalam gambar yang dikongsikan oleh Kak Rara, menunjukkan Shuib dan semua ahli keluarga mengenakan baju sedondon bewarna merah jambu.

Netizen Memuji Watie

Diruangan komen, kelihatan netizen mula memberikan tumpuan terhadap Watie apabila gambar tersebut kelihatan otot di bahagian pergelangan tangan Watie.

Rata-rata netizen mula mengagumi dengan otot pergelangan tersebut yang dikatakan Watie merupakan seorang yang kuat bekerja dan kelihatan dia seorang yang rajin ke dapur.

Malah bukan itu sahaja, netizen mula gembira melihat pasangan ini dan mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia selamanya.