Shila Amzah belum bersedia jumpa ibu & adik beradik, tak nak emosi terganggu ketika hamil

Shila Amzah belum bersedia jumpa ibu & adik beradik, tak nak emosi terganggu ketika hamil

 

PENYANYI Shila Amzah memaklumkan dirinya masih belum sepenuhnya bersedia untuk berjumpa dengan ibu dan adik-beradiknya selepas kemelut yang berlaku antara mereka sejak Oktober lalu.

Menurut Shila atau Nurshahila Amir Hamzah,34, ketika ini dia sedang sarat hamil lapan bulan dan emosi ibu mengandung lebih mudah tergangu dengan perkara negatif.

“Sejujurnya hati saya masih belum bersedia untuk berjumpa (keluarga). Saya ambil langkah ikut nasihat suami fokus 100 peratus terhadap kehamilan.

“Saya tak nak strres. Iyalah bila kita mengandung pada usia 30-an ni kena tenang, emosi kena jaga.

“Kawan saya ada pengalaman bila stres, kandungan mereka tak menjadi.

“Saya jadi trauma dengan cerita kawan-kawan kan. Jadi suami memang setiap hari ingatkan, jangan fikirkan dulu…selesaikan nanti. Walaupun orang kata ini bulan baik dan boleh baiki apa yang sepatutnya,” katanya ketika ditemui URTV.

Mengulas lanjut mengenai hubungannya bersama keluarga, penyanyi Memori Tercipta itu memberitahu, tidak ada yang baik mahupun buruk yang terjalin antara mereka.

“Saya ada berhubung dengan mereka melalui telefon bimbit tapi sangat-sangat jaranglah. Tapi komunikasi sangat terhad sajalah.

“Hari Raya ini memang fokus pada kandungan dan keluarga sajalah. Saya rasa mereka pun menghormati keputusan saya untuk fokus pada yang lebih prioriti buat masa sekarang.

“Doakan yang baik-baik sajalah. Saya pun tak berani nak cakap tapi yang pastinya apa yang terjadi tu pun ada hikmah.

“Jadi kita tengoklah apa yang berlaku. Ia akan terjadi maka akan terjadilah. Kalau saya cakap sekarang, memang tiada,” ujarnya.

Sementara itu, Shila akui sentiasa membuka pintu rumahnya untuk keluarga datang meraikan Aidilfitri bersama-sama pada tahun ini.

“Saya terima saja untuk keluarga datang berhari raya di rumah saya.

“Tapi untuk initiatif saya sendiri melakukannya, masih belum lagi,” ungkapnya.

Konflik keluarga Shila menjadi sorotan netizen tahun lalu selepas adik lelakinya menuduh dia anak yang tidak kenang jasa ibu bapa selepas penyanyi Patah Seribu itu bertindak menjual kediaman banglo.

Rumah yang terletak di Hulu Langat, Selangor itu didaftarkan atas nama Shila. Unit berkenaan didiami oleh ibu dan tiga adik-beradiknya yang lain

Banglo tujuh bilik itu  sudah dikosongkan dan kini sedang menanti pembli baharu.

Ibu Shila iaitu Fauziah Sarman bersama tiga anaknya Syafiq, Syakir dan Syada Amzah sudah berpindah ke rumah lain yang diuruskan oleh mereka sendiri.