Shila Amzah dedah jadi mangsa dera emosi, fizikal & kewangan, nama-nama yang ‘dipetik’ punca trauma hingga hari ini

Shila Amzah dedah jadi mangsa dera emosi, fizikal & kewangan, nama-nama yang ‘dipetik’ punca trauma hingga hari ini

 

Menerusi live di TikTok, penyanyi Shila Amzah ada berkongsi tentang kehidupannya bersama rakan-rakan dan anak namun berita mengenai perkahwinan kedua bapanya bersama ibu tiri baru-baru ini lebih menjadi perhatian.

Apatah lagi, wanita dikahwini ND Lala itu merupakan bekas kawan baik Shila ketika di sekolah dan dia hanya berdiam diri ketika ini sementara ia hangat diperkatakan.

Baru-baru ini, menerusi live Shila atau mesra dengan panggilan Sha membuat pendedahan yang mengejutkan ramai individu yang menonton.

Menurut Shila, dia adalah mangsa penderaan dari segi fizikal, emosi dan macam-macam lagi selain mengakui mengalami trauma sehingga ke hari ini.

Sha adalah mangsa penderaan, mangsa dera emosi, dera fizikal, dera financial, semua. Jadi nama-nama yang korang selalu sebutkan itu menyumbang 50 peratus daripada trauma yang Sha kena hadap sampai hari ini. Merangkumi semua, boyfriend, suami, family.”

Shila bagaimanapun tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut kerana takut akan membuka aib mana-mana pihak selain enggan ia menjadi perkara besar.