Shila Amzah dituduh perampas? – “Kalau diorang together, Sha tak akan kawan dengan Ubai..”

Shila Amzah dituduh perampas? – “Kalau diorang together, Sha tak akan kawan dengan Ubai..”

 

Baru-baru ini, penyanyi Shila Amzah mendedahkan bahawa dia kini sedang menjalin hubungan istimewa bersama seorang pensohor media sosial yang dikenali sebagai Ubai.

Perkara tersebut turut disahkan pensohor berkenaan dan memaklumkan bahawa mereka akan membawa hubungan tersebut ke peringkat seterusnya.

@ubaimz

Ada apa dengan cinta? #fypシ #tiktokmalaysia

♬ original sound – Ubai Mz – Ubai Mz

Namun begitu, muncul desas desus apabila Shila dikatakan menjadi ‘perampas’ apabila Ubai dilihat pernah ‘mesra’ dan kerap bergandingan dengan seorang penyanyi wanita sebelum ini.

Perkara tersebut kemudiannya mendapat perhatian Ubai dan dia tampil menjelaskan bahawa keakraban ketika bersama penyanyi itu hanyalah atas dasar urusan kerja, dan tidak lebih daripada itu.

Itu adalah urusan kerja, dan dah selesai. Cuma nak tinggal release beberapa urusan kerja. Itu antara saya dan individu tersebut.

Sementara itu, Shila juga turut memberi respon bahawa jika benar Ubai mempunyai hubungan mesra dengan penyanyi itu seperti yang didakwa netizen, dia tidak akan menjadi ‘perampas’ dan menganggu Ubai.

Kalau diorang together, Sha pun tak ada nak kawan dengan Ubai. Saya tak akan mulakan sesuatu hubungan di atas kesengsaraan orang lain.

Ubai juga memberitahu bahawa hubungannya dengan individu itu tidak mempunyai sebarang masalah dan masih berkawan sehingga kini.