Shila Amzah & Ubai menari bersama, komen tentang Fazura & Neelofa pula curi tumpuan

Shila Amzah & Ubai menari bersama, komen tentang Fazura & Neelofa pula curi tumpuan

 

Sedia maklum, selepas pasangan Shila Amzah dan Ubai mengumumkan sedang bercinta, momen mereka bersama sering kali dapat dilihat tular di platform media sosial.

Baru-baru ini, video Shila serta teman lelakinya itu menari di TikTok menjadi perhatian netizen.

Melalui video tersebut, kelihatan penyanyi tersebut memakai serba merah, manakala Ubai pula memakai baju biasa dan hal itu membuatkan netizen dakwa Shila kelihatan jauh lebih tua daripada jejaka tersebut.

@shilaamzah2

#shilaamzah #ubai #shilaubai #fyp #fypage #fypシ #foryou #foryoupage #foryourpage

♬ Ya Rabb يارب – Muhajir Lamkaruna

Netizen turut sempat membandingkan artis wanita lain yang mengahwini lelaki lebih muda dengan pasangan ini.

Menurut netizen, barangkali Shila memakai baju warna terang serta make-up yang tebal membuatkan dirinya kelihatan seperti kakak kepada Ubai.

komen netizen

Sekadar info, sebelum ini ada desas desus mengatakan Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli mahu melamar Shila Amzah menjadi isteri tidak lama lagi tetapi khabar angin tersebut dinafikan oleh pasangan tersebut.