Shuhada baik-baik saja, Hafidz Roshdi nampak tenang

Shuhada baik-baik saja, Hafidz Roshdi nampak tenang

Sejak semalam, kisah rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi dan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri menjadi bualan ramai apabila secara rasmi aktor itu melafazkan cerai talak satu di hadapan keluarga masing-masing.

Warganet semakin ‘panas’ meluahkan perasaan berang dan kecewa dengan tindakan Hafidz menceraikan isterinya pada Rabu susulan gangguan orang ketiga dalam rumah tangganya.

Shuhada dan anak-anak baik-baik sahaja

Walau bagaimanapun, isteri Hafidz memberitahu dia dan anak-anak iaitu Humairah dan Umar dalam keadaan baik sahaja meski dibadai ujian hebat buat mereka.

“Salam Jumaat. Alhamdulillah Shu, Humairah dan Umar baik-baik saja di sini. Doakan yang baik-baik buat kami,”tulisnya dalam satu hantaran.

 

Kuatkan diri demi anak-anak

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai di mana warganet tidak putus memberikan kata-kata semangat buat Shuhada apabila mendapat tahu ujian rumah tangga yang dihadapi oleh wanita berusia 29 tahun.

Hafidz santai ‘healing’ di pantai

Sementara itu, meninjau di media sosial pelakon drama Jesnita, Hafidz seakan seronok bermain api dengan warganet apabila dia memuat naik sebuah hantaran memaparkan sedang berada di tepi pantai.

Dalam hantaran tersebut, aktor berusia 28 tahun itu tidak menulis sebarang kapsyen, sebaliknya meletakkan emoji hati berwarna putih berserta berlatar belakangnya lagu dari Coolio berjudul Gangsta’s Paradise.

 

Kuat betul, terpaling santai layan komen netizen

Ruangan komen hantaran tersebut dibanjiri warganet yang berpusu-pusu meninggalkan sindiran dan kecaman kepadanya. Mereka mengatakan peserta Hero Remaja 2011/12 itu seakan tidak mempunyai perasaan selain sengaja memberi ruang kepada netizen mengecamnya.

Terdahulu, adik kepada Shuhada mengesahkan Hafidz melafazkan cerai talak satu melalui panggilan telefon di hadapan semua ahli keluarga masing-masing setelah mencapai kata sepakat.

Katanya lagi, buat masa sekarang mereka sedang dalam fasa berbincang dengan peguam untuk tarikh perbicaraan sebab ia masih dalam proses. Nurul Shuhada juga dikatakan bakal memfailkan cerai pada 1 Mac yang juga merupakan tarikh ulang tahunnya yang ke 29 tahun.

 

Sekadar info, Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 2.