Shuhada dakwa terima mesej Hafidz Roshdi kantoi bersama Athira Yuhada di bazar Ramadan

Shuhada dakwa terima mesej Hafidz Roshdi kantoi bersama Athira Yuhada di bazar Ramadan

 

Nurul Shuhada Mat Shukri mendakwa dia menerima mesej yang dihantar oleh individu tidak dinamakan yang memaklumkan ternampak kelibat suaminya, Hafidz Roshdi bersama dengan orang ketiga, Athira Yuhada.

Berdasarkan mesej itu, Shuhada dan peguamnya menyiasat maklumat tersebut dan akan dijadikan sebagai bukti bagi menyokong tindakan undang-undang yang akan diambil terhadap mereka.

Shuhada bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan hanya boleh mengesahkan dirinya menerima beberapa mesej di aplikasi Instagram yang memaklumkan mereka ternampak kelibat Hafidz dan Athira di bazar Ramadan, sekali gus membuktikan mereka masih berhubung.

Dalam pada itu juga, Shuhada mengesahkan dia telah menerima tuntutan fitnah susulan kenyataan yang dimuat naik oleh Shuhada pada 15 Februari lalu, yang difailkan oleh Athira. Jelas Shuhada, pihaknya telah membalas surat tersebut.

“Maaf saya tidak boleh bercakap banyak mengenai isu ini. Cuma tidak dinafikan saya ada menerima beberapa mesej di Instagram bahawa terlihat kelibat mereka di bazar Ramadan yang membuktikan mereka masih berhubung.

“Selain dari peguam saya telah membalas kepada surat tersebut. Kami juga akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap mereka,” katanya.

Hubungan pasangan selebriti ini berantakan apabila Shuhada mendakwa Athira cuba menyondol rumah tangganya. Hal itu berlarutan lama dan menyebabkan Shuhada turut menjadi mangsa pukul suaminya dan terpaksa menerima lebih 10 jahitan di bahagian pipi.

Athira pada awalnya pernah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf kepada Shuhada dan memaklumkan hubungannya dengan Hafidz telah pun berakhir. Namun, Athira tampil memfailkan saman terhadap Shuhada kerana merasakan dirinya telah difitnah menerusi kenyataan Shuhada yang diterbitkan di Instagram pada 15 Februari lalu.