Shuhada doa harap nafkah anak-anak tak putus, reaksi Hafidz Roshdi pula curi perhatian netizen

Shuhada doa harap nafkah anak-anak tak putus, reaksi Hafidz Roshdi pula curi perhatian netizen

Bekas isteri pelakon, Hafidz Roshdi dilihat hadir di mahkamah bagi menyelesaikan beberapa perkara termasuk urusan nafkah anak.

Tak akan putus

Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! Shuhada yang memakai busana serba hitam itu dilihat hadir di mahkamah sambil memegang sampul berwarna coklat. Menurut kapsyen Shuhada, dia berharap urusan nafkah anak tidak akan putus.

Semoga nafkah anak-anak takkan putus. Amin Ya Mujib.

Susulan daripada posting tersebut, Hafidz dilihat menulis sesuatu di ruangan komen tersebut. Menurut Hafidz, rezeki anak-anaknya tidak akan putus termasuk urusan nafkah.

Di ruangan komen, rata-rata netizen berdoa agar Hafidz menjadi bapa yang bertanggungjawab. Meskipun hubungannya dengan Shuhada telah berakhir, anak-anak masih menjadi keutamaan buat kedua-dua mereka selepas ini ujar netizen.