Shuhada mengaku hamil, Hafidz Roshdi kembali jadi sasaran kemarahan warganet

Shuhada mengaku hamil, Hafidz Roshdi kembali jadi sasaran kemarahan warganet

ISTERI kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, mengesahkan dirinya sedang hamil anak ketiga.

Berkongsi perkara itu menerusi entri terbaharu dalam Instagram (IG) pada Khamis, dia memberitahu usia kandungannya sudah memasuki minggu ke-10.

Nurul Shuhada berkata, dia perlu kuat untuk menjaga dua anaknya dan kandungan meskipun berhadapan dengan pelbagai tekanan.

“Saya dapatkan rawatan untuk masalah tekanan dan depresi yang dihadapi sekarang. Saya perlu kuat untuk terus jaga Humairah dan Umar. Sekarang termasuk anak dalam kandungan.

“Halangan terbesar sekarang ialah usia kandungan masih awal. Saya tidak boleh ambil ubat hospital untuk kurangkan tekanan.

“Saya takut ia akan memberi kesan kepada bayi dalam kandungan. Sekarang saya kena kuat berjuang tanpa ubat,” katanya, memetik Sinar Harian.

Nurul Shuhada turut memaklumkan bahawa dia pengsan ketika menjalani pemeriksaan di hospital kerana keadaan badan yang lemah.

Dalam masa sama, dia turut meluahkan rasa syukur apabila masih terdpaat ramai individu sentiasa menyokongnya.

“Allah hadirkan orang yang baik-baik. Walaupun tidak kenal, selalu komen bagi sokongan dan kekuatan. Doa yang tak henti-henti. Kata-kata sokongan yang banyak bagi sokongan kepada saya.