Shuhada terkilan sikap dayus Hafidz Roshdi – “Jahit ni lagi perit dari jahit beranak”

Shuhada terkilan sikap dayus Hafidz Roshdi – “Jahit ni lagi perit dari jahit beranak”

Di saat isteri lain dihargai oleh pasangan ketika menyambut hari ulang tahun masing-masing, namun dugaan berat pula menimpa Nurul Shuhada Mat Shukri. Belum reda isu rumah tangga diganggu pihak ketiga, dia dapat ‘hadiah’ penumbuk sebanyak 3 kali oleh suaminya pula sehari selepas menyambut hari jadinya ke-29.

Doktor sendiri minta maaf…cuba sehabis baik untuk rawat parut di muka saya

Ketika ditemu bual dalam program ‘Melodi’, ibu kepada 2 anak ini enggan mengulas lanjut tentang insiden berikut memandangkan ia masih dalam siasatan polis. Sambil berkongsi cerita, Shuhada dedahkan doktor sendiri sebak dan cuba sehabis baik untuk merawat parut sedalam 0.33mm pada pipinya.

Jahit parut ni lagi pedih daripada jahit beranak

Tambahnya lagi, 10 jahitan diterima akibat ditumbuk 3 kali oleh suaminya lebih pedit daripada jahit beranak. Ditanya apakah Hafidz pernah melakukan kekasaran terhadapnya sebelum ini, Shuhada bagaimanapun jelaskan ‘si dia’ lebih tahu apa jawapannya. Pun begitu, dia harap perkara ini boleh dijadikan iktibar kepada wanita di luar sana agar terus buat laporan polis seandainya dikasari sedemikian rupa.

Melampaunya sampai ada 10 jahitan…tak boleh bayangkan macam mana perit dia hadapi masa tu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sangat bersimpati terhadap Shuhada yang kini mempunyai cacat kekal. Rentetan itu, mereka mendoakan wanita berkenaan dapat keadilan sewajarnya.