Shuib akhirnya bersemuka dengan individu tuduh dirinya Freemason, ini alasannya

Semalam pelawak dan penyampai radio, Shuib mengatakan yang dia ingin bersemuka dengan individu yang menuduhnya salah seorang ahli organisasi ‘F’ yang merujuk kepada Freemason dalam masa 24 jam.
Terkini! Shuib dan individu itu telahpun bersemuka sebentar tadi dan tampil menjelaskan mengenai hantaran yang dimuat naik di laman Facebook itu.
Menerusi laporan Melodi, individu itu mendakwa dia hanya berkongsi semula komen daripada netizen.
@melodiberapi Sidang Media Shuib bertemu individu yang menuduh beliau dan isterinya ahli freemason. #meloditv3 #ceritaartismalaysia #shuib #sarah
Saya share dan copy paste ayat-ayat kejam tu daripada komen netizen.
Bukan itu sahaja, dia juga telah mengakui kesilapannya kerana tidak meletakkan sumber asal sekaligus mengundang kemarahan orang ramai.
Silap besarnya saya tak creditkan nama orang tu.
Sebelum ini, individu itu telah mendakwa Shuib telibat dalam konspirasi teori vaksin Covid-19 yang menyebabkan kematian isterinya, Allahyarham Siti Sarah.